Pages

Thursday 6 October 2016

Bibir Mungil Bibir Seksi Bibir Menawan


Assalamualaikum & Good Day Mummy.

Lamanya x bersiaran..Happy dengan Mary Kay sekarang ni sampai terlupa nak update blog..Sori ye mummy..Terlalu banyak Ummi nak share ngan mummy tentang wonderful journey kat Mary Kay ni..tapi satu-satu la ye dulu..sambung kt next entry :)

Kali ni nak share pasal bibir..

Bibir oh Bibir..

Bibir mungil la..bibir menawan la..bibir seksi la..
ini semua mmg idaman kaum hawa kan..

Tapi bagaimana kalau kita nak dapatkan semua tu kalau kita sendiri x jaga???

Kat Mary Kay ni, kami diajar cara menjaga kesihatan wajah dengan betul dan teratur.. Dulu main cuci je..semua permukaan wajah dicuci dengan cleanser.. dh xtau part mana yg perlu special treat.. part mata ke, part hidung ke, part bibir ke..semua guna cleanser yg sama..huu..

rupanya salah coz different part different treat.

Mata n bibir perlukan penjagaan khusus.. x bleh main guna je cleanser yg ada.. part bibir n mata kena guna make up remover utk cuci..

Jom kita semak simple step utk dapat bibir yg sehat..kena ada lip mask @ lip scrub n lip balm.. Jangan ingat kt hidung je kena scrub and mask, kt bibir pun kena juga tau. Hehe..

Tp janganla apply setiap hari, x perlu pun.. Ideal is every 3 days.. dalam masa 2-3 minit je pun..

Sempoi kan..

 Boleh selang seli ngan lips mask @ lips scrub. X perlu both.


Set Lip Mask N Lip Balm
- Produk BEST Seller -

Satin Lips Mask/ Lips scrub - menanggalkan sel kulit mati yg menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tidak bermaya

Satin Lips Balm - mampu melembabkan bibir sekurang-kurangnya 6 jam dgn sekali pemakaian sahaja.. WOW sangat!!!




New Satin Lips Shea Sugar Scrub 

  • Satin Lips® Shea Sugar Scrub diadun dengan GULA KRISTAL bagi menggelupas semula jadi untuk menggilap bibir secara perlahan-lahan dengan sempurna. Hasilnya, ia dapat mengelupas secara lembut, menghalus dan mengilatkan bibir. 

  • Satin Lips® Shea Butter Balm melembapkan bibir secara mendalam dan meninggalkannya dengan rasa segar.Ia diadun dengan SHEA dan minyak JOJOBA bagi memberi keselesaan dan melegakan bibir.
   Mengandungi minyak bunga matahari N minyak Jojoba yang sangan kaya dengan antioxidant.

Tahu apakah itu Shea? Nak tahu? 
Ok, sedikit fakta tentang Shea.
Shea Digunakan sejak berabad lamanya untuk melindungi, memperkaya, dan melembutkan kulit, shea butter terkenal dengan kandungan omega-3s yang kaya. Omega-3s diketahui untuk membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia sememangnya kandungan yang sempurna untuk mengekalkan kelembapan kulit, dan memastinya kulit anda diselubungi dengan kebaikan kelembapan, seperti sedang menikmati belaian spa.
Ayuh dapatkan set Satin Lips ni segera..
PM Ummi 019 2652788

Thursday 11 August 2016

Wonderful Journey with Mary Kay

Assalamualaikum & Happy day Mummy2 semua..

Lama x bersua..rasa rindu plak untuk berblogging ni..Sorry ye jika Ummi lambat respon segala pertanyaan mummy semua. InsyaAllah akan direply satu per satu.
Nway, thanks sudi PM Ummi untuk terus explore dunia BF ni..Wonderful moment right??

Untuk entry kali ni, Ummi nak share something yang Ummi rasa perlu dihebahkan kepada semua mummy2 yg gojes, yg hebat, yg meleTops-Letops..

something yg berkaitan kesihatan skincare kita.. sekali baca macam simple je kan..dua kali baca macam menarik..tiga kali baca, WOW..i need to know it :).. Tara..

Mummy semua pernah x terfikir pasal skincare yang betul?..Nak dapat wajah yang bersih & sehat?
Nak cantik untuk suami? selain dari fokus pada BF all de time..

I believe sume Mummy perlukan semua tu kan..termasuk la diri Ummi sendiri. At least we have a piece of time yg kita boleh spend utk manjakan diri.
Kalau sekarang ni asyik fikir pasal BF yg memang kite dedicated utk baby kita, why not kita ambil masa sekejap utk buat something yg mmg specel untuk Hubby kita plak..

"Jaga kebersihan & kecantikan wajah untuk suami tersayang sahaja :) "

Cheewaahh..Klu para kaum suami yang baca ni mesti dalam hati dia ada taman ...

Ok la, Ummi proceed je dgn apa yang Ummi nak share kali ni ye..

Actually, Ummi nak share satu produk skincare yang bagi Ummi sangat bagus & sangat BEST iaitu Mary Kay..Ummi share drp pengalaman Ummi sendiri ye..bukan ciplak dari mana2 sumber..
Truly deeply dr Ummi..

By de way, siapa yang pernah tau pasal Mary Kay (MK) ni? sape yang x pernah tau pasal MK ni??
Ramai yang dah tahu & ramai juga yang x tahu kan.. So, pada yang dah tahu, well done, mummy mmg dah guna produk skincare yang bagus..Bagi yg belum tahu, Ummi akan share ye..

Meh Ummi citer cket sejarah penglibatan Ummi dlm dunia MK ni..
Masa tu kulit muka kering & menggelupas. Malas nak jaga punya pasal.Hee..Rasa kering sgt lps cuci muka. Mesti bekejaran mencari moisturizer nak cover rasa x selesa tadi..Bende ni berlarutan juga untuk a few month..

One time, Ummi blk kg, ziarah family hubby..Ummi diperkenalkan dengan MK oleh adik ipar Ummi sendiri.. Time tu Ummi layan je la coz kesian plak kt dia.. bagi moral support even Ummi sdri mls bab2 skincare ni.Hehe.

Dia buat FREE skincare class. Best btul. Ummi rasa dibelai dimanja..Ummi diberi consultation FREE psl kulit n cara penjagaan kulit yang betul..dapat info baru yg selama ni Ummi rasa x penting..terukkan Ummi ni..
adoi..
disebabkan dah jatuh cintan dengan MK ni, Ummi terus try set TimeWise Miracle yg dicadangkan..

Set TimeWise Miracle


Alhamdulillah, kulit kering & menggelupas sudah tiada..Mungkin Ummi serasi dengan MK kot..Sronoknye :)

Satu info yg Ummi patut share ialah semua produk MK ni "clinically tested" dan "proven satisfaction".. Plus diorg ada 90-days money back guarantee sekiranya x sesuai dengan kita..WOW, best kan MK ni..diorg berani bagi guarantee macam tu coz diorg yakin dengan produk diorang..
Memang susah nak jumpa produk yang boleh bagi guarantee macam ni.. I Like :)

Disebabkan dah jatuh cintan dengan produk MK ni, Ummi decide nak jadi member MK. Senang Ummi nak beli, top up barang & yg paling best Ummi dpt adiah FREE dari MK..

Baru join a few month, Ummi rasa dah penuh rak dengan produk MK ni..Banyak betuk adiah FREE yang Ummi dapat..Hati dah berbunga2.. Bila hati dah berbunga2..Susu turun dengan meriah..2 in 1 Ummi dapat :

1. Stok EBM
2. Adiah best dari Mary Kay

Sukaa..

Ni adalah antara hadiah yang Ummi dapat FREE lepas baru 3 bulan join MK..
price hadiah mencecah 4 angka juga: BEST kan :)


Rasanya cukupla dulu sharing Ummi kali ni..Ummi akan share lagi pasal produk Mary Kay yang special ni..Kalau ada Mummy yang nak tahu camna Ummi bleh dapat hadiah2 best & nk join MK, bleh je PM Ummi..Ummi akan share info yang ada..

Klu ada yang nk cari income lebih,
Klu ada yang nk skincare class FREE,
Klu ada yang nk consultation FREE
Klu ada yang nk try produk Mary Kay FREE

bleh juga PM Ummi.. 019-2652788...

C U next entry ye..tata


Wednesday 20 July 2016

Group Ibu Menyusu Di Aplikasi Telegram



As salam Mummies,

Hari ni Ummi nak share cket pasal group chitchat penyusuan ibu ni..
Rasanya dh byk forum/group ibu menyusu ni..tinggal lagi kita nak join ke x.
Banyak info yang kita boleh share & dapat daripada group2 macam ni.. So, bagi yang ingin mencari info, boleh try join.

"Sharing is Caring"

Berbalik pd topik kita ni, Ummi nak share 1 group penyusuan ibu kt aplikasi Telegram.
Apa yg best klu kite wat group kt telegram ni. ahli bleh melebihi 5000 org, ramai tu kan..so may be lbh byk info yang kita akan dapat. Memandangkan group ni masih baru, saya suggest mommies kt luar sana join juga,,mari meriahkan suasana..

saya share link ni ye :)

🌼🎊 Jom ramai2 join group susuibu_βreasfeed🎊🌼

Group ni adalah group perkongsian segala info mengenai penyusuan susu ibu.. 😊

Diharap dgn perkongsian ini, mommies2  dpt merealisasikan misi penyusuan eksklusif 2 tahun🚼🚼🚼 👶👶👶
InsyaAllah..

🍥ShaRing is CaRing🍥

Jom invite mommies lain:
https://telegram.me/joinchat/Av7bXz250GkliA0d0YO6KQ


Tuesday 19 July 2016

Salmon Grill bersama Flaxseed

As salam Mummy semua..

Apa khabar ..Lama betul x bersua. Rindu plak rasanya :)

Rasanya belum terlambat untuk Ummi ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali Ummi..Semua kita sentiasa berada dalam rahmat Nya..Amiinn Ya Rabbana.

Untuk perkongsian bersama, kali ni Ummi nak share resepi terbaru milkbooster Salmon Grill bersama Flaxseed..Bagi penggemar salmon, bleh la cuba..
Resepi yang cukup ringkas & berkhasiat..
N yang paling best, dapat milkbooster tu.. InsyaAllah.

Jom kita semak resepi ni..


Bahan-bahan
1 kpg Ikan Salmon
4 bj Cendawan butang- dihiris sederhana nipis
4 btg Bayam bersama daun
1/2 batang carrot- diparut kasar
1 sdk lada hitam- di tumbuk sederhana halus
1/2 sdk garam- secukup rasa
1 sdk Olive oil
1 sdk Butter
2 sdb Flaxseed- ditumbuk kasar
2 sdb Jintan Hitam (Habbatulsauda)- ditumbuk kasar

Cara-cara
1. Perapkan salmon bersama lada hitam & garam untuk 1-3 jam dalam peti sejuk agar bahan dapat diserap dgn sempurna
2. Untuk grill, letakkan olive oil & butter atas pan baru dimasukkan salmon. Grill lbh kurang 5-7 mnt shj. Jgnla overcook, nnt isi salmon jadi keras
3. Angkat salmon setelah masak, guna pan yang sama utk masak sayur. X perlu tambah olive oil, guna lebihan drp grill salmon tadi.
4. Masukkan cendawan bersama flaxseed & habbatulsauda. goreng seketika, Kemudian masukkn carrot bersama bayam. Goreng sekejap lebih kurang 1 mnt saja.. Siap.
5. Hidangkan sayur bersama salmon grill.

Selamat mencuba :)


Thursday 21 April 2016

Pemakanan Yang Mempengaruhi Emosi Ibu



For this entry, Ummi nak share 1 artikel daripada rakan blogger Ummi, Hosnee. Penulis blog www.ibusayangianakkecil.wordpress.com. Artikel beliau  cukup menarik & a lot of input especially for mummy2.. Ummi pun x terkecuali.hee.. Thanks a lot of ur reminder & info.. banyak penekanan dalam hal ehwal keibuan ni. Niat beliau yang baik iaitu ingin membantu ibu-ibu di luar sana, berkongsi cara memperkuatkan jiwa dalaman ibu & mengajarkan tips serta kaedah yang berkaitan dengan urusan seharian..Jom share & support!!!

Thanks Hosnee as my guest writer for this entry :)




Ok, jom proceed..

Ibu, tahu tak, yang makanan dan pemakanan ibu boleh mempengaruhi diri ibu?? Tak pernah dengar? Takpe, jom, saya nak share info tentang ini.. Kalau ibu belum tahu, pembentukan diri manusia sangat berkait rapat dengan cara pemakanan yang diambil. Diri kita ni, sangat terkesan dengan makanan yang disuapkan ke dalam mulut kita. Maksudnya, apa yang kita makan, itu akan membentuk dalaman diri kita.. Daripada mana saya dapat fakta ni? Saya dapat daripada panduan pemakanan yang diajarkan guru-guru saya ketika belajar cara makan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Jap, saya bagi contoh.. Supaya ibu boleh nampak jelas pengaruh makanan dan pemakanan kepada diri?


MAKAN MAKANAN YANG DIHARAMKAN 

Nabi SAW bagitahu, tidak boleh sama sekali bagi seseorang makan makanan yang diharamkan seperti arak dan khin***.. Tahu tak kenapa? Ulama Islam menyebutkan dalam kitab fekah, antara alasannya :
  • Arak itu mematikan kewarasan manusia dan mematikan sel otak. Kerana sifat arak itu. Apabila seseorang selalu arak – kewarasan akalnya boleh terganggu walaupun ketika dia tak minum arak.. Lagi satu, arak menyebabkan orang tu sentiasa ketagih yang menyebabkan dirinya tidak mampu bertahan ketika datang suatu cabaran.. Akalnya susah cari jalan keluar, kecuali yang dia nampak dalam kepalanya “arak”. 
  • Khin*** tu kita semua tahu, sifatnya kotor dan pengotor.. Antara kesan seseorang yang rajin sangat makan khin*** ni, akan mewarisi sifat khin*** tu.. Dia akan menjadi rakus dengan sesuatu, tidak berfikir panjang dan sentiasa pentingkan diri.. 


CARA PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG

Itu satu contoh dari sudut makanan, ni saya bagi contoh dari sudut pemakanan pulak.. Dari sudut cara makan, Nabi SAW ajar supaya tidak makan sehingga terlalu kenyang.. TIdak terlalu kenyang tu, maksudnya sehingga tidak mampu bangun dan kurang selesa tubuh akibat terlalu penuh perut..

  • Nabi SAW sebut, makan cara ini (sampai kenyang ni) bakal melahirkan malas.. Malas bekerja, malas berfikir.. Ulama sebutkan, orang yang biasa kenyang, walaupun ada waktunya tidak makan, tetap akan terkesan. Emosinya terasa sentiasa berat melakukan apa-apa.. Sebab tu Nabi SAW larang untuk sentiasa kenyang.. 
  • Dalam contoh lain, di antara adab makan yang diajarkan Nabi SAW tidak makan dengan tangan kiri.. Kerana tangan kiri tu, tangan yang kebiasaannya digunakan untuk perkara yang tidak bersih.. Pernah ada ketika, Nabi SAW menahan seorang budak yang nak makan dengan tangan kiri.. Kata ulama antara kesan makan dengan tangan kiri pada diri seseorang, menyebabkan orang itu tak kisah bersih atau tak makanan yang diambil.. dan keadaan macam tu, tak baik bagi dirinya.. Ha, ini antara contohnya makanan dan cara makan yang tak berapa elok.. Tadi contoh yang kurang elok, ni kita tengok contoh yang terbaik pulak.. Yang mesti ibu amalkan dan diajar pada anak kecil :D 



CARA PEMAKANAN YANG BAIK 

Nabi SAW banyak ajar, cara makan yang baik-baik.. Ulama yang kaji cara makan tu, banyak jumpa rahsia yang bagus pada diri manusia kalau diamalkan.. Antaranya :

  • Satu hari Nabi SAW ada sebahagian buah labu untuk dimakan bersama dengan beberapa hidangan. Tetapi buah labu tu tak berapa banyak.. Jadinya, Rasulullah SAW potong kecik-kecik (macam potongan dadu), dan lepas tu ditabur atas hidangan tu secara berselerak.. Jadi sahabat tanya, “untuk apakah ini wahai Rasulullah??”, maksudnya sahabat pelik tengok Rasulullah SAW potong kecik-kecik dan tabor atas makanan.. Jawab Nabi SAW, ini supaya semua orang yang makan dapat merasainya.. Ulama kata, Rasulullah ajar, kalau makanan tu sedikit, maka dikongsikan juga supaya semua merasainya walaupun sebesar potongan dadu.. Cara Rasulullah SAW ini mewariskan “semangat berkongsi”.. Sehingga para sahabat zaman dulu, kalau makan mesti nak berkongsi.. 
  • Dalam cara makan yang lain, Nabi SAW ajar supaya minum air daripada gelas, senafas senafas.. Jangan minum seteguk terus sehingga habis.. Ketika di tanya kenapa, maka ulama menjawab, cara minum macam tu melahirkan sifat sabar dan tenang dalam diri seseorang.. Nampak kan? Rasionalnya.. Jom kita tengok makanan pilihan Nabi SAW pulak.. 



SELALU MAKAN MAKANAN YANG BAIK 

Nabi SAW tak cerewet tentang makanan tapi Nabi SAW akan memilih makanan yang baik untuk dimakan, sebab bagi Nabi SAW makanan yang baik bagus untuk badan dan jiwa.

  • Nabi SAW suka dengan susu, Nabi beritahu ia minuman yang menyegarkan dan mengenyangkan.. Kata ulama, Nabi pilih makanan yang cepat kenyang. Supaya fikiran tak disibukkan dengan makan. Jiwa kacau kalau selalu fikir tentang makan, banyak kerja tak boleh buat. Huhu 
  • Nabi SAW pon suke dengan buah.. Manis buah.. Nabi SAW bila makan buah, terasa cukup.. Kata ulama, makan walaupun sedikit, tetapi ketika dihayati keenakkannya, ia mampu memuaskan kita.. Punca orang tak puas dan nak makan sehingga kenyang, kerana merasa rakus.. huhu.. Ini secara ringkas, walaupun tak ringkas sangat.. hehe.. 

Apa yang saya nak share dengan ibu-ibu sekalian, makanan dan cara makan boleh mempengaruhi diri seseorang.. Ada kajian kat negara kita, punca hilang sabar di kalangan anak-anak muda hari ini, sebabnya selalu sangat makan fast food. Beza dengan mak ayah nenek moyang dulu, kalau nak makan, kene tunggu siap masak dulu.. Kesan dari menunggu tu rupanya melahirkan sifat sabar.. Ini kajian yang berlaku. Ibu boleh search tentang tu..

Jadi, jom kita semua sama-sama jaga makanan dan cara makan kita.. matlamat saya untuk kongsikan tips-tips yang buat jiwa ibu kuat.. sebab ibu tulang belakang keluarga, yang menyokong ayah dan membina anak-anak.. Tanggungjawabnya susah dan mencabar..

Tapi kalau ibu Berjaya kuat, sebenarnya ibu lah kekuatan yang lain..

Di sebalik suami yang Berjaya ada isteri yang hebat.
Di sebalik anak yang Berjaya ada ibu yang hebat..

Semoga ibu-ibu kuat :D


Salam perkenalan daripada saya, Hosnee. Jangan lupa ziarah blog saya : www.ibusayangianakkecil.wordpress.com untuk dapatkan tips “ibu tenang” dan “ibu kuat” yang lain.

Jika ibu rasa artikel ini bermanfaat, saya harap ibu dapat share dan sebarkan kepada ibu-ibu yang lain. Supaya kita semua dapat manfaat bersama.

Sekian..

Monday 18 April 2016

Resepi Roti Pita bersama Hirisan Daging





Ni sambungan dari entry sebelum ni..

Selain resepi roti telur cheese mudah ni.., Ummi ada kongsikan resepi roti pita hirisan daging utk mummy2 cuba. Kali ni, en Husband plak yg gemar resepi ni..siap bawak bekal ke office..my son pun suka jugak..bwk bekal ke sekolah gak..

Ummi rasa kandungan utama kat roti pita membuatkan kita cepat kenyang & bleh tahan lama. Gandum tu..Sape2 yg on diet tu, Ummi rekemenkan resepi ni.. Boleh cuba ye coz sangat simple & healthy..

One thing, Ummi guna hirisan daging instead of daging burger...Kononnye x nak lemak & oily bagai..My doughter pun suka daging ni.. makan macam tu je..sedap katanya.. Ummi beli kat kedai Ramly je.. bleh support bisnes bumiputra jugak tu..InsyaAllah, pasni xnak beli daging burger dah kut..Aim for healthy food :)

Jom try

 2. Roti Pita bersama hirisan daging
(masa diperlukan : 6 minit)

Bahan2:
Roti pita
Daging slice
Salad/tomato/timun
Cheese slice
Sos/mayonis

Cara2:
Goreng daging slice dgn sedikit minyak black papper & kicap.
Masukkan daging tersebut bersama cheese slice ke dalam roti pita.
Panaskan dalam microwave selama 50-60s supaya cheese cair & melekat.
Hidangkan bersama salad/timun/tomato & juga sos/mayonis kegemaran anda..

Selamat mencuba.






Resepi Roti Telur Cheese Mudah





Lama jugak Ummi x bersiaran, maaf ye..x berkesempatan.. sekarang ni semua bende nak cepat, pantas & mudah..bab makan2 pun x terkecuali..
So, Ummi nak share resepi breakfast yg sangat mudah & sedap. Anak sulung Ummi sgt gemar & nickname for this resepi is "Roti Istimewa Ibu"..dia akan breakfast roti ni before g sekolah. Kekadang time petang & malam pun dia request jugak. So, mmg xleh nk jadikan menu breakfast sgtla kan coz dh x kira masa bleh makan..

Apa yg istimewa sgt tu, not sure la..may be bg dia dh cukup istimewa coz  ibu yg sediakan @ ayat2 bodek dari seorang anak.Hehe..

Whatever it is, Ummi happy with it. So, why not kat luar sana try gak resepi ni..may be u also bleh dpt pujian drp ur son..InsyaAllah..


1. Roti Telur Cheese Mudah
(masa diperlukan : 3 -13 minit)

Bahan2:
Roti
Telur
Cheese Slice
Garam/serbuk lada hitam

Cara2:
Lengserkan piring dengan sedikit minyak/butter
Letak roti, diikuti dengan cheese slice. Tekan sedikit bahagian tengah cheese. Pecahkan telur & letakkan ke atas cheese tadi..Tabur sedikit blak pepper/ garam (ikut selera).
Sedia dibakar..

pilihan:
bakar dlm oven, 170 darjah selama 10 mnt @
masak menggunakan microwave dlm masa 40-60s je..

Sedia dihidang





Tips mudah memasak bagi ibu yang busy melampau



 "Ibu bekerja tiada masa untuk menyediakan makanan best2 untuk keluarga kerana kesuntukan masa berbanding suri rumah sepenuh masa."

maaf ye, Ummi kurang setuju statement tu..

Dengan kecanggihan teknologi & pelbagai info di sana sini yg senang diperolehi, itu bukan statement yg sesuai utk mummy semua. Jangan limitkan keupayaan diri sendiri untuk mencuba & meningkatkan produktiviti diri sendiri. Cuba selidiki bagaimana pengurusan seorang ibu bekerjaya dalam menguruskan rumahtangga dengan baik? Rata2 yg Ummi dapati, kebanyakan daripada mereka mementingkan soal pemakanan untuk keluarga. Kebanyakan makanan yg dimasak & disediakan sendiri & kurang membeli dari luar..makanan yg disediakan sendiri lebih bersih, lebih berkat, lebih kasih sayang & byk lagi lebih2nya....

Apa yg dapat Ummi simpulkan, kebanyakan daripada mereka mengamalkan cara pengurusan masa yg baik & sistematik tanpa membataskan kreativiti masing2..di sini Ummi ada kongsikan beberapa tips mudah untuk penyediaan makanan bagi mummy2 yang busy namun berhasrat untuk masak sendiri di rumah..so, lps ni jangan ada alasan untuk kita tak masuk ke dapur ye :)

Jom kita semak tip utk panduan bersama

1. Nawaitu & azam yang istiqomah

Niatkan agar segala amalan kita adalah kerana Allah & menjadi ibadah yang diberkati. Azam mesti kuat, niat dalam hati, nak sediakan makanan halal & bersih untuk keluarga. Moga hati ahli keluarga bersih..Ingat ye, "Hati yang bersih adalah ditempa daripada makanan yang halal" . InsyaAllah jika niat kita baik, akan dipermudahkan semuanya..


2. Rancang menu untuk seminggu, bukan sehari

Sediakan senarai menu mengikut kreativiti masing2 contohnye, tulis kt whiteboard mini, tulis kt memo n tampal kt fridge & mana2 cara yg difikirkan sesuai as long as, kite boleh nampak setiap kali masuk dapur..jgn lupa share / diskas menu with your loving kids n husband utk fav menu diorg..try la..anak2 mmg excited dlm pemilihan menu ni.. en husband plak control macho jer..tp dlm hati, mmg byk pilihan sebenarnya :)

3. Siapkan semua bahan utk semua menu sejurus balik dr shopping

Dalam part ni, mummy2 kena bijak dalam pembahagian bahan utk masak. Boleh follow menu yang dah dirancang untuk seminggu tu. Jangan terus simpan barang yang dibeli dikhuatiri  kita terlupa & akan ambil masa utk preparation..Ummi percaya mummy2 kat sana lagi expert kan :)

4. Semua bahan yg sudah disiang/potong simpan dlm bekas elok.label ikut tarikh

Boleh identify bekas2 yang sesuai untuk storage bahan2 basah & bahan2 kering. Sekarang ni banyak pilihan. ada yag mahal, murah, warna warni pun ada..boleh beli kat mana2 pasaraya. online pun banyak.. boleh label tarikh n menu pada bekas tersebut.

One tip for penyimpanan sayur, lepas potong sayur, jgn terus basuh..balut dengan tisu dapur, baru masuk dlm bekas.. insyaAllah tahan lama.. klu x nak guna tisu dapur, boleh ganti dengan aluminium foil..cuba la, Ummi x pernah guna aluminium foil, org kata lebih jimat coz boleh basuh & recycle..apapun, boleh share the result ye.

Untuk penyimpanan bahan2 basah.. pastikan ayam/ikan/daging terus disiang dan simpan dalam bekas yg berlainan. boleh simpan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.means, setiap kali nak masak, just keluarkan bekas yg diperlukan sahaja. Kalau dapat label lagi bagus. So mmg x payah nak keluarkan semua. Tips lain, cara susun bekas dalam peti ais pun kena ambil tahu juga.. Boleh letakkan bekas yg nk digunakan dahulu pada bahagian depan. Easy to access kan :)

5. Sediakan pes yang nak digunakan terlebih dahulu

Dalam bab ni, ramai mummy2 mmg acknowledge masa yang diambil utk penyediaan pes sesautu masakan..contohnye pes utk asam pedas, kari n mcm2 g..Boleh tahan gak lamanye nak sediakan..tambah2 klu nk sediakan cili kering yg diblend tu..huu..
Rata2 menu kita plak mmg x terlepas dengan cili kering, bawang, ikan bilis dll. So, utk jimatkan masa..bahan2 ni semua boleh disediakan terlebih dahulu..Contohnye boleh blend cili/bwg siap2. letak dalam bekas & masuk peti ais. Kalau nk lebih jimat & tahan lama, cili yg dh diblend tadi dimasukkan ke bekas/plastik kecik..letakkan amaun yg diperlukan utk sekali masak sahaja, then baru masukkn dlm freezer. InsyaAllah bleh tahan lama. Kalau nak masak, just keluarkan cili yang diperlukan sahaja..

Contoh penggunaan, sebelum ke pejabat Ummi akan keluarkan bekas cili yang hendak digunakan dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk.  Dengan cara ini, Ummi dapat mengelakkan cili kering dari menjadi berkulat.  Ianya juga menjimatkan kerana kita hanya akan mengeluarkan sedikit demi sedikit. Bila nk masak time sblh petang, just nice je cili tersebut cair & ready for cooking :)

Rasanya ini sahaja perkongsian buat masa ni.. InsyaAllah akan di'update from time to time.
One thing, bagi yang baru nak berjinak2 dengan dunia masakan ni, mungkin agak kelok & perlukan lebih masa utk practice. but no need to worries, InsyaAllah semuanya akan jd biasa & can control easily. Good luck :)

Sebagai bonus,
Ummi kongsikan resepi breakfast yang ringkas, cepat mudah & yang paling penting boleh milkbooster juga :)

Selamat mencuba

1. Roti Telur Cheese Mudah
(masa diperlukan : 3 -13 minit)

Bahan2:
Roti
Telur
Cheese Slice
Garam/serbuk lada hitam

Cara2:
Lengserkan piring dengan sedikit minyak/butter
Letak roti, diikuti dengan cheese slice. Tekan sedikit bahagian tengah cheese. Pecahkan telur & letakkan ke atas cheese tadi..Tabur sedikit blak pepper/ garam (ikut selera).
Sedia dibakar..

pilihan:
bakar dlm oven, 170 darjah selama 10 mnt @
masak menggunakan microwave dlm masa 40-60s je..

Sedia dihidang





 2. Roti Pita bersama hirisan daging
(masa diperlukan : 6 minit)

Bahan2:
Roti pita
Daging slice
Salad/tomato/timun
Cheese slice
Sos/mayonis

Cara2:
Goreng daging slice dgn sedikit minyak black papper & kicap.
Masukkan daging tersebut bersama cheese slice ke dalam roti pita.
Panaskan dalam microwave selama 50-60s supaya cheese cair & melekat.
Hidangkan bersama salad/timun/tomato & juga sos/mayonis kegemaran anda..

Selamat mencuba.

    




Monday 21 March 2016

Lacta Chocolate Homemade Yummy



Rasanya belum terlambat Ummi nk share satu lagi resepi laktasi khas untuk mummy2 yg BF di luar sana..resepi yg mudah bangaatt..sodap n cepaat disediakan..sekarang ni pun tgh trend makanan berasaskan coklat..

For this time Ummi akan share resepi Lacta Chocolate Homemade Yummy..Ummi dh lama buat cuma belum berkesempatan nak update..Resepi ni ala2 chocolate homemade yg ada kt pasaran, cuma Ummi olah & present it on lactation style.. Sapo cakap, makanan untuk ibu menyusu ni terhad kat a few things je..come on, no need nak pantang2 sangat..enjoy your BF journey with your fav food..but need to olah cket in lactation mood.hehe..

So this time Ummi share this resepi for those yg mmg hantu chocholate & at same time nak milkbooster gak..Cuba la..InsyaAllah mummy akan dapat result yg owesome..But no worries if u did not get the 'milkbooster'nye..u still get the delicious of chocolate..

Jom semak resepi ni..

Sebelum tu layan dolu gambarnye :)



Lacta Chocolate Homemade Yummy (16 biji)

Bahan2..
1/2 cup milk choc coin
1/4 cup dark choc coin
1 tbs dates
2 tbs flaxseed
1 1/2 tbs brewers yeast
1/2 tbs fenugreek
1 tbs almond

Cara2,,
1. Cairkan choc dgn kaedah double boiler..Make sure choc x dimasuki wap air
2. Masukkan kesemua bahan2 lain..kacau bagi sekata
3. Tuang aduan choc ke mould
4. Hentakkan mould secara perlahan supaya choc dpt fulfill
5. Biar seketika dlm peti lbh kurang 20-30 mnt (sehingga keras)
6. Keluarkan choc dr mould, sedia dimakan..

* jgn simpan choc dlm peti @ tpt panas ye..
letak dlm suhu bilik je..InsyaAllah bleh tahan utk 2 minggu..

Selamat mencuba..







Friday 4 March 2016

1 Minute Lacta Muffin Wallah..


Salam Jumaat untuk semua mummy2..
Moga semua beroleh keberkatanNya..Bersama kite banyakkan zikrullah & memahami isi kandungan Kalamullah Al Quran..Remind for myself n mummy2..Jaga hubungan kita dengan Allah, InsyaAllah akan dipermudahkan perjalanan hidup kita :)

As promise, Ummi nak share lacta resepi baru utk semua..muffin laktasi.

Kali ni kite blajar wat 1 Minute Lacta Muffin Wallah..apsal lak Ummi namakn 1 Minute Wallah plak? hee..sebabnya resepi  ni  sangat mudah, cepat ( coz 1 minit dah bleh siap), sedap n yg penting dapat jd MILKBOOSTER kita..InsyaAllah..All in ONE katakan..

Xyah la nk story panjang2..jom layan..

Bahan2:

3 tbs flour
2 tbs oat
4 tbs fresh milk
1 tbs brown sugar
1 tbs vegetable oil
1 tbs flaxseed
1 tsp brewer yeast
1/4 tsp fenugreek
1/2 tsp baking powder
1/8 tsp soda bicarbonat
1/2 tsp vanilla
1 tbs your flavor ( choc chip, blueberry n apa2 ye yg mummy suka)

Cara2:
1. Gaul kesemua bahan bagi sebati kecuali flavor
2. Masukkan ke dalam muffin cup berselang seli dgn flavor yg mummy suka.
3. Masukkn ke dalam microwave, guna high temp selama 1 minit..
   (bleh juga dibakar pada suhu 170 darjah selama 10-15 mnt)
4. Siap

Boleh dihidangkan bersama segelas susu segar.. & nnt share ur result ye..

Ni muffin yang Ummi dah wat untuk brekpes pagi tadi..Ya Allah terima kasih atas rezeki yang diberi..Kenyang sampai ke tghari..susu pun meriah jugak..Alhamdulillah..

Almond choc chip Muffin Wallah..

Yang ni plak buat untuk breakfast anak2..snap dr microwave tu.
siap meleleh blueberry tu..hee

* adunan di atas bleh dapat 2 cup muffin saiz sederhana..sesuai sgt utk kanak2..

Choc Chip & Blueberry Muffin Wallah

Selamat mencuba :)





Wednesday 2 March 2016

Tips Tambah Susu Ibu



Entry kali ni Ummi nak share info di bawah..senang untuk rujukan semua include myself :)
Apapun, hubungan dengan ALLAH jgn lupa ye..
Jom layaan..


Monday 22 February 2016

Roti Wholemeal Mix Fruit


Entry kali ni Ummi nak share resepi laktasi dalam different menu plak.. klu rasa cam dah bosan dengan cookies n brownies, bleh try roti ni for your milkbooster..Ummi pun dh ber'eksperiment' dgn resepi ni.. Alhamdulillah, result pun owesome :)..mood hepi ni.. :).

Sblm lupa, Ummi mmg guna bread maker setiap kali buat roti..Kudrat Ummi x kuat nak nguli tepung bagai nak buat roti ni..memang Ummi kagum dgn mummy2 di luar sana yang bleh wat roti tanpa bread maker..respek btul..hee..

Bagi yang belom berkesempatan nak buat roti ni, bleh bli dolu roti wholemeal kt pasaran klu terdesak, Ummi pun bli jugak kt kedai..biasanya Ummi akan beli roti Wholemeal Gardenia ni..sedap..cicah ngan milo yg dh tambah nestum..Ni roti yang Ummi makan:

Gambar dr internet :)


 kalau mummy2 bleh dapatkan roti cam kt bawah ni lagi ok..

Gambar dr intenet :)

Tapi..klu mummy bleh wat sdri roti ni lagi bagussss..

Jom semak resepi roti yang mudah lagi berkhasiat ni..& yg lagi penting, bleh milkbooster jugak..

Bahan2..

200g wholemeal flour
100g high protein flour
20g tpg susu
160ml air
1 biji telur
30g butter
1/2 tsp garam
50g gula halus
11/2 tsp yis
1/2 tsp bread softener (option)
1/2 tsp bread improver (option)
1/2 cup mix fruit (bleh tukar yg lain-ikut selera msg2..Ummi ltk raisin,cranberry,almond)

Cara2nye

1. Masukkan kesemuanya ke dalam bread maker, dimulakan dengan bahan2 cecair dulu: air, telur, butter, garam, bread softener, bread improver, gula, tepung, mix fruit & yis..
2. pilih menu wholemeal bread..jgn lupa pilih crust colour ye..
3. tunggu 2.50-3 jam, roti siap untuk dihidangkan.

Ni first time Ummi wat roti ni..crust dia hangit cket..lupa nk tukar ke light instead of medium by default..huu..
Apapun, Alhamdulillah, rasa not bad.. Sedap.
Mummy, bleh try ni ye..
Nnt share your result k..


Ada one of my friend dah guna resepi ni nak wat niaga..Mummy2 pun bleh try jugak..mana tau ada rezeki wat part time jual roti :) No need to worry, Ummi bg free resepi ni, resepi ni Ummi edit cket dr resepi asal yg Ummi dh lupa ktne Ummi dpt..hee..sori ye owner resepi.

Enjoy roti the wholemeal ni..
Next, Ummi akan share respi roti lain plak ye..
Tata



Friday 12 February 2016

TEMPAHAN ready made TART SHELL


Entry kali ni Ummi nak share pasal shell tart lagi..sambungan drp entry sebelum ni..

A few time juga Ummi share cheese tart dengan kenalan untuk diorg rs sdri kesedapan shell tart ni. Ramai yg bagi feedback bagus.Puas hati katanya. Mmg sedap..Maybe sebab tu kut, ramai plak yg request Ummi untuk supply kat diorang..Diorang x cukup masa nak wat sdri.nak layan karenah anak masing2..macam sama kes dgn Ummi je ni.hehe..Ada juga yg beli shell tart ni utk wat biznes cheese tart..Kesian plak klu x penuhi hajat diorang..Utk info, Ummi akan share resepi dgn customer yang request.

Rasanya x perlu kut explain lebih2..jom layan iklan kt bawah ni..pape hal bleh contact Ummi..
Jangan malu nak bertanya..InsyaAllah Ummi akan Layannn..Ummi akan bagi free gift n free resepi cheese tart..tak rugi klu beli ngan Ummi..InsyaAllah..



Nak buat sendiri pelbagai jenis tart seperti cheese tart, fruit tart, choc tart, egg tart? 
tp banyak sgt halangannya seperti ni:

1. tidak cukup masa
2. nak jimat

3. nak sedap 

Dont worry..Kini anda boleh buat sendiri untuk makan sendiri, untuk keluarga, untuk majlis kenduri kendara n macam2 g..Just imagine klu bli yang dh siap contohnye cheese tart untuk 100 kpg harganya dah melebihi RM90, harga agak mahal walhal senang sangat klu buat sdri dgn adanya ready made tart shell ni..

So jangan risau lagi nak makan tart kegemaran anda dengan harga yg rendah..tak perlu bersusah payah atau squeeze coz masa yang ada amat terhad..Terus je tempah ngan Ummi bagi yg dok area Cheras KL / Ampang / Bandar Tun Razak / Permaisuri / Pandan / Bandar Tasik Selatan..COD ye.. Xleh pos.

Size: 4.5cm (mini – permukaan atas sebesar syiling 50sen)
Jenis: Plain / Colourful
Kuantiti: 1 kotak – 100pcs
Harga: RM32/kotak





* diperbuat daripada buttercup, bukannya marjerin biasa bagi menjamin rasa yang sedap & rangup
* simpan dalam bekas kedap udara & tempat kering boleh tahan selama 2 bulan
* insyaAllah rasa yang sedap & rangup walau dimakan begitu sahaja

Untuk bakers yang kesuntukan masa and sape2 yang nak wat bisnes sampingan pun sesuai jugak..

Berminat? boleh buat Tempahan melalui sms/telegram ke 019-265.2788, sila nyatakan:


 1. nama
 2. kuantiti
3. plain atau colourful
 4. tarikh & masa untuk pickup

TIDAK BOLEH DIPOS



Tart Shell...Cheese Tart...


Sudah lama x bersiaran..Maaf ye, sejak dua menjak ni, Ummi agak bz cket melayan a few thing that need to be settle on Januari..Alhamdulillah, everything berjalan dengan baik n lancar..

Let talk our makan2 plak. nk ckp psl cheese tart..Kali ni beza cket..not in milkbooster mood..tp cheese pun sebenarnye agen milkbooster gak..Ummi nak share pasal tart..

Dah lama nak share a few tips bagi penggemar tart ni.. Nk buat tart shell xde la susah sangat, tp part nk terap kat shell yg kiut miut tu mmg amik masa cket..kena memiliki tahap kesabaran yang tinggi..tambahn plak, anak2 Ummi mmg penggemar cheese tart..Ada yg gemar bluberry cheese tart, ada gak yg gemar strawberry cheese tart..Ummi kena buat both flavour utk diorang coz x nak ada yang merajuk plak..hee..

Dulu mmg Ummi kena spend masa utk siapkan cheese tart diorang..kena siapkan tart shell dolu, baru siapkan filling..Anak pula asyik bertanya..bila nak siap? bila dapat makan ni?  lambat la..Adeh! diorang ni kurang sabar cket klu bab cheese tart ni.. Ummi plak kena guna mcm2 kaedah utk pujuk diorg..Kanak2 la katakan..mana sama ngan org dh berumur macam kita..Layan je la..hee

Sehingga la one day tu, Ummi ada terjumpa satu blog yang ada jual  tart shell je..mmg sebelum ni pernah tahu ada org jual shell ni..kt kedai bakery pun ada jual sebenarnye..tapi ntah nape, hati ni berat je nak beli shell yang dah siap.But not this time..

Ummi try bli  tart shell ni..nak merasa..guess what??? sedap nye..rangup n rasa manis masinnye just nice..my kids pun makan macam tu je.Siap bleh pilih warna feveret diorang..katanye lambat sgt cheese Ummi nak siap..diorg makan yang plain ni dolu...Adeh! kena lagi..Sabo je la..hee..Apapun, Alhamdulillah diketemukan  tart shell yg best..rasa mcm kite wat sdri..homemade taste..

Malam tu jugak Ummi siapkan filling utk tart ni..Ummi dpt siapkan 100-200bj cheese tart dlm 1-2 jam je.. suka sangat..Kejap je dh dpt byk.. the best part is Ummi xyah nak amik masa siapkn shell tu lagi..Harga shell ni pun mmg mampu beli..sodap plak tu..mood hepi ni :) Dapatla my kids makan puas2 :).. Abaikan kejap diet diorang utk cheese ni..huu..
Layan gambar ni dolu..


Ni rupa  tart shell tu..ada plain n colourful..


Close up tart Shell  Warna Warni..


Close up Plain Tart Shell 

Ni Rupa tart Shell  dlm kotak..ada 100pcs for each box..
tu baru rupa  tart shell nye..

Layan gambo cheese tart plak..nyum..nyum..


Blueberry Warna Warni Cheese Tart...

Blueberry Cheese Tart

Itu saja untuk post kali ni..
Next, Ummi akan share ktne nak dapatkan shell ni ye..atau terus je klik kt SINI
Thanks :)


Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015