Pages

Friday 30 October 2015

Resepi Brownies Laktasi @ Lactation Brownies Sedap

Bismillah..

Entri kali Ummi nak share resepi Lactation Brownies a.k.a Milkbooster brownies untuk rujukan mummy2 semua.Bagi penggemar brownies, bleh cuba..
Resepi yg sangat mudah, simple & nyum..nyum..x payah guna mixer bagai..guna whisk je mummy :)
Jom, kite semak bahan & cara2 nye..




Bahan2
  • 3/4 cwn tepung serbaguna (ummi guna tepung superfine)
  • 3/4 cwn serbuk coco 
  • 1 cwn gula perang 
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cwn bittersweet chocolate chunks ( ummi guna semisweet chocolate coin)
  • 2/3 cwn susu segar
  • 6 sudu makan mentega (bleh ganti dgn  minyak sayuran/minyak jagung)
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • 2 biji telur
  • 3 sudu makan serbuk flaxseed
  • 2 sudu makan brewers yeast
  • 2 sudu makan serbuk fenugreek
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu makan kurma cincang
  • 3 sudu makan milky chocolate coin

Cara2

1. Panaskan oven ke 180°.
2. Campurkan tepung bersama 1/2 cwn semisweet chocolate coin dan bahan2 kering yang lain (kecuali gula perang, kurma dan milky chocolate coin) ke dalam mangkuk. Gaul bagi sekata.ketepikan.
3. Untuk buat milk mixture, campurkan baki 1/2 cwn semisweet chocolate coins dan susu segar in a microwave-safe bowl; microwave at HIGH 1 minute, kacau setiap 30 saat. Kemudian, masukkan mentega dan vanila, kacau sekejap. Diikuti dengan gula dan telur..Kacau manja biar sekata.
4. Kemudian, masukkan milk mixture ke dalam campuran tepung (dari step 1). Kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul. Cuma guna senduk. x perlu mixer bagai..
5. Sediakan loyang pembakar saiz 8'x8' dengan alas yang telah disapu dengan sedikit minyak/ mentega. Masukkan separuh bahan adunan brownies tadi. Taburkan dalam 2 sudu besar kurma dan 2 sudu besar milky chocolate coin. Tuang lebihan adunan. tabur lebihan kurma dan milky chocolate coin tadi.
6. Bakar pada suhu 180° selama 22-25 minit. Boleh check dengan stick.klu acuan x melekat dkt stick, consider dah ok.
7. Setelah masak, keluarkan dari loyang..biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Siap..

Selamat mencuba & bereksperiment












Resepi Biskut Laktasi Mudah & Sedap

Bismillah..

Entri kali Ummi nak share resepi Biskut Laktasi @ Lactation Cookies a.k.a Milkbooster cookies untuk rujukan mummy2 semua. Resepi yg sangat mudah, simple & nyum..nyum..x payah guna mixer bagai..guna whisk je mummy :)
Jom, kite semak bahan & cara2 nye..


   


Bahan2..
  • 1 cup coconut oil (extra virgin cold pressed)/ minyak jagung/ butter. klu guna coconut oil >> This is SOOOO good for you! A very healthy fat. Fat is extremely important to have in your diet.
  • 1 cup of brown sugar/ maple syrup (bleh lebihkn klu suka manis..Ummi mmg kureeng manis)
  • 3 tbs flaxseed meal
  • 2 eggs
  • 2 1/2 cups flour (bole guna wholemeal flour juga)
  • 1 tsp baking soda
  • 1 tsp salt
  • 2 - 3 cups oats (x kisah brand apa tapi jangan guna yg INSTANT)
  • 1 1/2 cup of nuts/chocolate chips/dried fruit…ikut suka mummy, selera lain2 :)
  • 2 tbs of brewers yeast
* bleh add cinnamon/ vanilla extract utk extra flavour
* bleh add 2 tbsp fenugreek/ halba powder utk lbh milkbooster.. ( tp rasanye agak pahit cket, hati2 ye mummy..takut cookies ni lain plak rasanye) - tp klu nk letak juga, bleh add cinnamon & honey utk cover rasa pahit td :)

Cara2..

Gaulkan sebati bahan2 kering ( flour, baking soda, salt, brewers yeast, flaxseed meal, fenugreek powder)
 
Dalam bekas lain, pukul sekata gula dengan butter.x perlu lama.
Masukkan telur..kacau sekejap

Masukkn bahan kering yg sudah digaul tadi..

Gaul mesra kesemua bahan.

Akhir sekali, bleh masukkan oat, nuts/choc chip/dried fruit kesukaan mummy semua..

bila dah agak2 sebati, boleh la disedukkan ke dulang pembakar.
saiz cookies depend pd mummy, Ummi hanya guna 1 sudu kecil utk each cookies.

Bakar pada suhu 180darjah celsus, 15-25 mnt, ikut oven masing2..
Biarkn sejuk, baru simpan dalam bekas..

Selamat mencuba & bereksperimen :)

* klu mummy npk doh cookies ni agak kering, bleh tambah natural yogurt/ susu ye..

Nanti share feedback dari eksperiment mummy ye:)

Kalau mummy x sempat nak bereksperiment, boleh je oder drp Ummi :)




Tips Mudah Menambah & Maintain Susu Ibu


Apa yang Ummi bleh share kat sini adalah daripada pengalaman Ummi sendiri ye..
Untuk maintain susu badan dan stok EBM mencukupi untuk little prince Ummi, Ummi amalkan tips berikut:

1. Sentiasa berdoa kepada yang Esa untuk dimurahkan rezeki, dipanjangkan rezeki dan dimudahkan journey of BF kite kepada baby tersayang..Jangan lupa nikmat yg diberi..Sentiasa syukur, Alhamdulillah..solat hajat & Istighfar sentiasa, jangan lupa ye..

2. Jaga kesihatan badan & emosi. X mao stress2..jika badan stress, penghasilan susu akan berkurangan.
Ingat tu mummy2..musti Gembira sentiasa. Buatla bende2 yg dapat menggembirakan hati, janji x langgar syariat ye :)

3. Minum air mineral O sebanyak 2-3 liter sehari..selain dpt maintain penghasilan susu, ia juga dpt membuang toksid2 dalam badan kita melalui proses perkumuhan..tubuh jadi sehat..senyum sentiasa..awet muda.

4. Makan bende2 berkhasiat contohnye buah-buahan, sayur sayuran & sumber protein yg segar..Ingat tau mummy, yg segar je..baru susu yg dihasilkan lebih berkhualiti..Ummi pernah dengar istilah baby akan makan apa yang kite makan..just imagine klu baby kite dapat klu kite makan bende yang x healthy..huu, kesian kat baby kite :(

5. kena patuh & disiplin cket utk jadual pam susu jika mummy bekerja..remember konsep supply & demand..


Diet untuk wanita sihat yang menyusu

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum
Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.


kredit to babycenter

Thursday 22 October 2015

Ummi Milk In Cookies Review



Alhamdulillah..syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat Ummi share serba citer di sebalik kemunculan blog lactation cookies ni..

Apa sebenarnya Lactation cookies @ Biskut Laktasi @ kudapan tambah susu ni???

Serba sedikit info yg Ummi dapat mengatakan biskut laktasi ni ialah biskut yang membantu menambahkan penghasilan susu badan kerana kandungan utamanya terdori drp bahan2 laktogenik (bahan penggalak penghadilan susu badan)..Al maklumla Ummi sekarang tgh maintain bg BF for my little prince yg baru saja menganjak 5 months..Hasil carian info untuk diet & maintain susu yg berkualiti found that one of the solution is makan biskut ni..For info, lactation cookies ni bleh dimakan oleh semua..X semestinye untuk kaum mummy je..Kaum bapak2 pun bleh makan coz kandungan zat nye yang tinggi & sesuai untuk diet semua. Nnt Ummi akan criter lebih lanjut kandungan dlm biskut laktasi ni pada entry akan datang..InsyaAllah.

Honestly, harga lactation cookies yang ada kat pasaran agak mahal & limited access. Kesian kan kt ummi & mummy2 lain yg berminat nak makan cookies ni :(

Maka bermula journey Ummi to grab the lactation cookies. Bermula dengan pencarian resepi & bahan2 dengan bantuan Pakcik Google n sharing from my friends yg budiman, Ummi dapat menghasilkan cookies ni sendiri..Dari segi taste, untuk Ummi..bleh mkn berbalang2 :)..Alhamdulillah..

Bermula journey utk testimoni plak.. Lepas consume makan biskut ni for few days, Alhamdulillah..Biiznillah, susu Ummi juga turut bertambah..lebih pekat..Kebetulan one of my friend pun BF jugak, beza deliver date hanya 3 minggu..Ummi bg try biskut ni..Alhamdulillah..result turut owesome :)

Di blog ni Ummi akan share info pasal lactation cookies ni pada yang memerlukan..InsyaAllah..
Lactation resepi pun ada gak..bleh try yourself..
Tapi bagi mummy yang x berkesempatan n BZ melampau..bleh order je dr Ummi..Selain cookies, brownies, congo bar & granola bar pun ada..untuk kelainan..

Kebanyakan bahan yang Ummi guna adalah dari bahan organik..InsyaAllah lebih healthy..



Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015