Pages

Friday 30 October 2015

Resepi Brownies Laktasi @ Lactation Brownies Sedap

Bismillah..

Entri kali Ummi nak share resepi Lactation Brownies a.k.a Milkbooster brownies untuk rujukan mummy2 semua.Bagi penggemar brownies, bleh cuba..
Resepi yg sangat mudah, simple & nyum..nyum..x payah guna mixer bagai..guna whisk je mummy :)
Jom, kite semak bahan & cara2 nye..




Bahan2
  • 3/4 cwn tepung serbaguna (ummi guna tepung superfine)
  • 3/4 cwn serbuk coco 
  • 1 cwn gula perang 
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cwn bittersweet chocolate chunks ( ummi guna semisweet chocolate coin)
  • 2/3 cwn susu segar
  • 6 sudu makan mentega (bleh ganti dgn  minyak sayuran/minyak jagung)
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • 2 biji telur
  • 3 sudu makan serbuk flaxseed
  • 2 sudu makan brewers yeast
  • 2 sudu makan serbuk fenugreek
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu makan kurma cincang
  • 3 sudu makan milky chocolate coin

Cara2

1. Panaskan oven ke 180°.
2. Campurkan tepung bersama 1/2 cwn semisweet chocolate coin dan bahan2 kering yang lain (kecuali gula perang, kurma dan milky chocolate coin) ke dalam mangkuk. Gaul bagi sekata.ketepikan.
3. Untuk buat milk mixture, campurkan baki 1/2 cwn semisweet chocolate coins dan susu segar in a microwave-safe bowl; microwave at HIGH 1 minute, kacau setiap 30 saat. Kemudian, masukkan mentega dan vanila, kacau sekejap. Diikuti dengan gula dan telur..Kacau manja biar sekata.
4. Kemudian, masukkan milk mixture ke dalam campuran tepung (dari step 1). Kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul. Cuma guna senduk. x perlu mixer bagai..
5. Sediakan loyang pembakar saiz 8'x8' dengan alas yang telah disapu dengan sedikit minyak/ mentega. Masukkan separuh bahan adunan brownies tadi. Taburkan dalam 2 sudu besar kurma dan 2 sudu besar milky chocolate coin. Tuang lebihan adunan. tabur lebihan kurma dan milky chocolate coin tadi.
6. Bakar pada suhu 180° selama 22-25 minit. Boleh check dengan stick.klu acuan x melekat dkt stick, consider dah ok.
7. Setelah masak, keluarkan dari loyang..biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Siap..

Selamat mencuba & bereksperiment












3 comments:

Oh Resepiku said...

Salam ... terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.

Resepi ummi telah dipublish >> Resepi Brownies

"Sharing is caring!" :)

Oh Resepiku said...

Sorry, tersilap type link

Klik Sini >> Resepi Brownies

Robin Alex said...

You did the a great work writing and revealing the hidden beneficial features of
milk supply supplements

Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015