Pages

Tuesday 3 November 2015

Ramuan Utama Biskut Laktasi Ummi Milk in Cookies

As salam mummy2 semua..

As promise, kali ni Ummi nk share kandungan utama yang ada pada kebanyakan biskut laktasi. Antara ramuan utama yang membezakan biskut laktasi (Lactation Cookies) dan biskut biasa ialah

1. OLD FASHIONED @ ROLLED OATS
  • kaya dengan kandungan zat besi, kalsium, protein, zink & vitamin E
  • sumber kalori yang sihat
  • fiber yang tinggi 
  • dapat mengurangkan kolestrol
  • memberi kekenyangan berpanjangan serta mengurangkan berat badan
 >>  antara faktor yang membolehkan oat meningkatkan milk supply ibu-ibu menyusu.

mummy2 semua..
* kalau nk buat lactation cookies ni, guna rolled oat ye..elakkan guna oat jenis lain..ni contoh oat yang ada kt pasaran..



2. FLAX SEED
  • kandungan fiber yang tinggi
  • Minyak dari flax seed adalah milkbooster yang digunakan sejak turun-temurun.  
  • kaya dengan omega-3 (essential fatty acid) termasuk EPA, dan DHA yang sangat penting untuk diet ibu menyusu &bayi yang disusukan. Perkembangan pesat otak bayi juga sangat bergantung pada essential fatty acid Omega-3 ini. See how flaxseed very nutritious for us :) Act, omega-3 juga penting  untuk diet semua termasuk kaum bapa dan kanak2 yg sedang membesar..Sharing is caring...Antara khasiat Omega-3  yg Ummi dpt dr perkongsian semua ialah:
1. Memperkuat memori dan fungsi otak 
2. Penting untuk lubrikasi sendi
3. Membakar lemak
4. Mengurangkan kolesterol jahat
5. Mempunyai kesan anti-radang
 
6. Membantu regulasi hormon 
7. Mengurangkan kejadian “gila meroyan” atau postpartum depression 



* kalau nk buat lactation cookies ni, guna ground/meal flaxseed ye..bleh ground guna blender part kering. x yah masukkan air. Ummi guna flaxseed organik..


3. BREWER’S YEAST
  •  Merupakan sumber vitamin B yang boleh: 
1. melegakan keletihan, 
2. anti-stress 
3. energy-booster. 

See mummy, lps ni x cepat letih dah..Hati gembira sentiasa..kurang stress dan milk-supply lebih meriah!

 * kalau nk buat lactation cookies ni, ummi memang guna organik brewers yeast. bleh cari kat mana2 kedai organik


4. FENUGREEK (HALBA)
  •  milkbooster tradisional yang digunakan sejak zaman dahulu untuk meningkat susu badan
  • Ada yang mencampurkan halba dalam adunan biskut, tapi mengikut sebuah kajian, untuk mendapatkan effect milkbooster yang berkesan anda perlu mengambil 1500mg fenugreek sehingga 3 kali sehari! 
  • Halba juga merupakan salah satu makanan sunnah yang patut kita amalkan..bleh refer kat sini.


 * kalau nk buat lactation cookies ni, ummi memang guna organik fenugreek powder. Klu mummy ada yg dlm bentuk biji2 tu, bleh je di blender halus..kat kedai organik mmg ada jual.


5. DATES (KURMA)

Bagi kebanyakan biskut laktasi, kurma tidak digunakan sebagai ramuan utama mereka. Namun begitu, Ummi lebih gemar mamasukkan kurma as part of my lactation cookies ingredient kerana kandungan zat yang tinggi..Semua well known about it..rasa cookies pun  lbh sedap. Di samping itu, bleh la kite amalkan pemakanan sunnah..x salah mencuba..2 in 1..amalkan pemakanan sunnah + cookies lebih healthy n sedap..
Antara kebaikan kurma: 
  • Menambah dan memekatkan susu.
  • Memberi tenaga,menyihatkan darah merah.
  • Mengurangkan risiko kencing manis dan darah tinggi 
  • Mencegah bayi dari kuning/mudah sakit
  • Memudahkan process bersalin dan pengecutan rahim



6. COKLAT

  • Meningkatkan hormon prolaktin dan oksitoksin yang merangsang ibu-ibu untuk berasa gembira. Hormon oksitosin bertindak di kelenjar susu bertanggungjawap untuk merangsang susu ke sinus subareolar dan seterusnya ke puting. Secara tidak langsung membantu ibu yang menyusukan anak.
  • Membantu merangsang penghasilan susu badan
  • Anti oksidan

Antara dry fruit yg menjadi pilihan Ummi..

7. KISMIS

  • Melindungi hati. 
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Meningkatkan IQ
  • Mengawal tekanan darah
8. Red Rasberry 
  • Susu lebih meriah & mencantikkan kulit :)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi pesanan Ummi, tidak semua merasai effect biskut laktasi ni..Bergantung kepada individu jugak, sesetengahnya akan merasai effect milkbooster, manakala sesetengah yang lain hanya merasai kesedapannya..
Tp jgn risau, even x merasai sgt effect milkboosternye, mummy masih dapat "delicious & nutrition" from this lactation cookies..

Teruskan bereksperiment.. InsyaAllah, akan ditemukan jua milkbooster mummy2 semua. 



4 comments:

nurul idayu said...

kat mane ade kedai organik ye..

Nazifa Mazni said...

kt mana nk dptkan brewer yeast tu? pegi area organik jusco xde plak

Nazifa Mazni said...

kt mana nk dptkan brewer yeast tu? pegi area organik jusco xde plak

Nani said...

Ummi..cuma nk dptkn kepastian. .brewer yeast tu tk halalkan

Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015