Pages

Saturday, 11 February 2017

We Love Mary Kay


As salam semua..
Dah lama sangat x update blog ni.. minta ampun minta maaf ye kawan2..
InsyaAllah akan update blog again from time to time..

Hari ni saya nak share serba sedikit Mary Kay kesayangan kami ni..Ramai yg belum mengenali sangat Mary Kay, & ramai juga yang dah mengenalinya.. pada yg dh mengenali MK, congrate dear..bagi yg mengenali & menggunakan produk MK, berdouble2 congrate saya ucapkan coz pilihan anda adalah yg terbaik :)


Mary Kay dah pun 53 tahun berada dipasaran dunia. Terkenal sebab melahirkan produk yang berprestasi tinggi dan inovatif yang dijual ke lebih 35 buah negara melalui Beauty Consultant terlatih - tak ada kedai atau kiosk dan sebagainya. Hanya melalui registered Beauty Consultants. Nasihat saya berhenti la mencari produk MK ni pasaraya or kiosk berhampiran tempat anda..memang x jumpa..please refer to your beauty consultant, sure anda akan dpt service & consultation yg tip top coz registered beauty consultant memang dilatih & diberi tunjuk ajar yg terbaik kepada customer..& part paling best adalah consultation is FREE.. hanya bayar pada barang yg dibeli je. hehehe..

Jom kita berkenalan dengan pengasas MK yang baik hati ni..

1963, Mary Kay Ash (founder) lancarkan Mary Kay dengan satu impian besar dan masa tu ada lima produk pada tahun. Harini, portfolio jenama global ni ada lebih daripada 300 produk untuk memenuhi keperluan kita ikut jenis kulit, termasuk yang sensitif.

"Skincare sentiasa menjadi antara portfolio penting produk dan tulang belakang kepada Mary Kay, jadi kami amat teruja untuk diiktiraf sebagai Top 5 Global Skincare Brand oleh Euromonitor. Kami taksub dengan skincare dan sentiasa memastikan bahan-bahan, teknologi dan inovasi yang terbaik supaya ahli-ahli sains dan product development team kami terus memberikan produk canggih dan berprestasi tinggi. Hari ini kita meraikan 3.5 juta Perunding Kecantikan bebas melalui kerja keras dan kesetiaan kepada jenama Mary Kay dan pelanggan mereka"

-Sheryl Adkins-Green, Ketua Pemasaran pegawai untuk Mary Kay Inc-


RESEARCH AND DEVELOPMENT (R&D)

Mary Kay jalankan beratus ribu ujian setiap tahun dan belanja berjuta dolar bagi tujuan penyelidikan untuk make sure setiap produk Mary Kay penuhi piawaian tertinggi keselamatan, kualiti dan prestasi. Setakat ni, Mary Kay dah ada lebih daripada 1,200 paten untuk produk, teknologi canggih dan reka bentuk pembungkusan dalam skincare dan makeup. Penyelidikan yang terbaik dan paten inovatif ni lah dua faktor utama yang bawak kepada pengiktirafan Top 5 ni.

Bermula dari rumusan hinggalah product distribution to customers, setiap produk baru Mary Kay kena lalui siri prosedur penyelidikan dan ujian pengguna yang ketat. nampak x the journey of product MK ni..sungguh ditir..setiap sudut diambil kira..Thats why i wish you double congrate kpd sesiapa yg dh jadikan MK ni sebagai pilihan mereka.. sebab pe, sebab uosl sedang pakai produk yang betul-betul pentingkan kesempurnaan dari segenap sudut - especially dalam aspek keselamatan dan keberkesanan!

Rasanya ini terjawab juga kenapa orang selalu mempersoalkan kenapalah MK ni mahal..Huu..

Pada October 2016, Mary Kay skincare dinobatkan sebagai Top 5 GLOBAL SKINCARE BRAND. Tahu tak apa maknanya tu? Maknanya dalam semua branded skincare in the world, Mary Kay berada di Top 5! Bukan senang sesebuah syarikat kosmetik antarabangsa mendapat gelaran ni.. For sure anda dapat bayangkan saingan sengit yang ada..& u know what, beauty consultant macam kami ni tersangatla happy kerana produk kesayangan kami ni dapat nombor 5.. macam sekolah plak, dpt nombor 5 cikgu.kikiki..

boleh refer di sini ye:
Mary Kay Top 5 Global





NAK JADI BEAUTY CONSULTANT MACAM KAMI?

Wasap Ummi ye :0104287464

Thursday, 6 October 2016

Bibir Mungil Bibir Seksi Bibir Menawan


Assalamualaikum & Good Day Mummy.

Lamanya x bersiaran..Happy dengan Mary Kay sekarang ni sampai terlupa nak update blog..Sori ye mummy..Terlalu banyak Ummi nak share ngan mummy tentang wonderful journey kat Mary Kay ni..tapi satu-satu la ye dulu..sambung kt next entry :)

Kali ni nak share pasal bibir..

Bibir oh Bibir..

Bibir mungil la..bibir menawan la..bibir seksi la..
ini semua mmg idaman kaum hawa kan..

Tapi bagaimana kalau kita nak dapatkan semua tu kalau kita sendiri x jaga???

Kat Mary Kay ni, kami diajar cara menjaga kesihatan wajah dengan betul dan teratur.. Dulu main cuci je..semua permukaan wajah dicuci dengan cleanser.. dh xtau part mana yg perlu special treat.. part mata ke, part hidung ke, part bibir ke..semua guna cleanser yg sama..huu..

rupanya salah coz different part different treat.

Mata n bibir perlukan penjagaan khusus.. x bleh main guna je cleanser yg ada.. part bibir n mata kena guna make up remover utk cuci..

Jom kita semak simple step utk dapat bibir yg sehat..kena ada lip mask @ lip scrub n lip balm.. Jangan ingat kt hidung je kena scrub and mask, kt bibir pun kena juga tau. Hehe..

Tp janganla apply setiap hari, x perlu pun.. Ideal is every 3 days.. dalam masa 2-3 minit je pun..

Sempoi kan..

 Boleh selang seli ngan lips mask @ lips scrub. X perlu both.


Set Lip Mask N Lip Balm
- Produk BEST Seller -

Satin Lips Mask/ Lips scrub - menanggalkan sel kulit mati yg menyebabkan bibir kelihatan kusam dan tidak bermaya

Satin Lips Balm - mampu melembabkan bibir sekurang-kurangnya 6 jam dgn sekali pemakaian sahaja.. WOW sangat!!!




New Satin Lips Shea Sugar Scrub 

  • Satin Lips® Shea Sugar Scrub diadun dengan GULA KRISTAL bagi menggelupas semula jadi untuk menggilap bibir secara perlahan-lahan dengan sempurna. Hasilnya, ia dapat mengelupas secara lembut, menghalus dan mengilatkan bibir. 

  • Satin Lips® Shea Butter Balm melembapkan bibir secara mendalam dan meninggalkannya dengan rasa segar.Ia diadun dengan SHEA dan minyak JOJOBA bagi memberi keselesaan dan melegakan bibir.
   Mengandungi minyak bunga matahari N minyak Jojoba yang sangan kaya dengan antioxidant.

Tahu apakah itu Shea? Nak tahu? 
Ok, sedikit fakta tentang Shea.
Shea Digunakan sejak berabad lamanya untuk melindungi, memperkaya, dan melembutkan kulit, shea butter terkenal dengan kandungan omega-3s yang kaya. Omega-3s diketahui untuk membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia sememangnya kandungan yang sempurna untuk mengekalkan kelembapan kulit, dan memastinya kulit anda diselubungi dengan kebaikan kelembapan, seperti sedang menikmati belaian spa.
Ayuh dapatkan set Satin Lips ni segera..
PM Ummi 019 2652788

Thursday, 11 August 2016

Wonderful Journey with Mary Kay

Assalamualaikum & Happy day Mummy2 semua..

Lama x bersua..rasa rindu plak untuk berblogging ni..Sorry ye jika Ummi lambat respon segala pertanyaan mummy semua. InsyaAllah akan direply satu per satu.
Nway, thanks sudi PM Ummi untuk terus explore dunia BF ni..Wonderful moment right??

Untuk entry kali ni, Ummi nak share something yang Ummi rasa perlu dihebahkan kepada semua mummy2 yg gojes, yg hebat, yg meleTops-Letops..

something yg berkaitan kesihatan skincare kita.. sekali baca macam simple je kan..dua kali baca macam menarik..tiga kali baca, WOW..i need to know it :).. Tara..

Mummy semua pernah x terfikir pasal skincare yang betul?..Nak dapat wajah yang bersih & sehat?
Nak cantik untuk suami? selain dari fokus pada BF all de time..

I believe sume Mummy perlukan semua tu kan..termasuk la diri Ummi sendiri. At least we have a piece of time yg kita boleh spend utk manjakan diri.
Kalau sekarang ni asyik fikir pasal BF yg memang kite dedicated utk baby kita, why not kita ambil masa sekejap utk buat something yg mmg specel untuk Hubby kita plak..

"Jaga kebersihan & kecantikan wajah untuk suami tersayang sahaja :) "

Cheewaahh..Klu para kaum suami yang baca ni mesti dalam hati dia ada taman ...

Ok la, Ummi proceed je dgn apa yang Ummi nak share kali ni ye..

Actually, Ummi nak share satu produk skincare yang bagi Ummi sangat bagus & sangat BEST iaitu Mary Kay..Ummi share drp pengalaman Ummi sendiri ye..bukan ciplak dari mana2 sumber..
Truly deeply dr Ummi..

By de way, siapa yang pernah tau pasal Mary Kay (MK) ni? sape yang x pernah tau pasal MK ni??
Ramai yang dah tahu & ramai juga yang x tahu kan.. So, pada yang dah tahu, well done, mummy mmg dah guna produk skincare yang bagus..Bagi yg belum tahu, Ummi akan share ye..

Meh Ummi citer cket sejarah penglibatan Ummi dlm dunia MK ni..
Masa tu kulit muka kering & menggelupas. Malas nak jaga punya pasal.Hee..Rasa kering sgt lps cuci muka. Mesti bekejaran mencari moisturizer nak cover rasa x selesa tadi..Bende ni berlarutan juga untuk a few month..

One time, Ummi blk kg, ziarah family hubby..Ummi diperkenalkan dengan MK oleh adik ipar Ummi sendiri.. Time tu Ummi layan je la coz kesian plak kt dia.. bagi moral support even Ummi sdri mls bab2 skincare ni.Hehe.

Dia buat FREE skincare class. Best btul. Ummi rasa dibelai dimanja..Ummi diberi consultation FREE psl kulit n cara penjagaan kulit yang betul..dapat info baru yg selama ni Ummi rasa x penting..terukkan Ummi ni..
adoi..
disebabkan dah jatuh cintan dengan MK ni, Ummi terus try set TimeWise Miracle yg dicadangkan..

Set TimeWise Miracle


Alhamdulillah, kulit kering & menggelupas sudah tiada..Mungkin Ummi serasi dengan MK kot..Sronoknye :)

Satu info yg Ummi patut share ialah semua produk MK ni "clinically tested" dan "proven satisfaction".. Plus diorg ada 90-days money back guarantee sekiranya x sesuai dengan kita..WOW, best kan MK ni..diorg berani bagi guarantee macam tu coz diorg yakin dengan produk diorang..
Memang susah nak jumpa produk yang boleh bagi guarantee macam ni.. I Like :)

Disebabkan dah jatuh cintan dengan produk MK ni, Ummi decide nak jadi member MK. Senang Ummi nak beli, top up barang & yg paling best Ummi dpt adiah FREE dari MK..

Baru join a few month, Ummi rasa dah penuh rak dengan produk MK ni..Banyak betuk adiah FREE yang Ummi dapat..Hati dah berbunga2.. Bila hati dah berbunga2..Susu turun dengan meriah..2 in 1 Ummi dapat :

1. Stok EBM
2. Adiah best dari Mary Kay

Sukaa..

Ni adalah antara hadiah yang Ummi dapat FREE lepas baru 3 bulan join MK..
price hadiah mencecah 4 angka juga: BEST kan :)


Rasanya cukupla dulu sharing Ummi kali ni..Ummi akan share lagi pasal produk Mary Kay yang special ni..Kalau ada Mummy yang nak tahu camna Ummi bleh dapat hadiah2 best & nk join MK, bleh je PM Ummi..Ummi akan share info yang ada..

Klu ada yang nk cari income lebih,
Klu ada yang nk skincare class FREE,
Klu ada yang nk consultation FREE
Klu ada yang nk try produk Mary Kay FREE

bleh juga PM Ummi.. 019-2652788...

C U next entry ye..tata


Wednesday, 20 July 2016

Group Ibu Menyusu Di Aplikasi Telegram



As salam Mummies,

Hari ni Ummi nak share cket pasal group chitchat penyusuan ibu ni..
Rasanya dh byk forum/group ibu menyusu ni..tinggal lagi kita nak join ke x.
Banyak info yang kita boleh share & dapat daripada group2 macam ni.. So, bagi yang ingin mencari info, boleh try join.

"Sharing is Caring"

Berbalik pd topik kita ni, Ummi nak share 1 group penyusuan ibu kt aplikasi Telegram.
Apa yg best klu kite wat group kt telegram ni. ahli bleh melebihi 5000 org, ramai tu kan..so may be lbh byk info yang kita akan dapat. Memandangkan group ni masih baru, saya suggest mommies kt luar sana join juga,,mari meriahkan suasana..

saya share link ni ye :)

🌼🎊 Jom ramai2 join group susuibu_βreasfeed🎊🌼

Group ni adalah group perkongsian segala info mengenai penyusuan susu ibu.. 😊

Diharap dgn perkongsian ini, mommies2  dpt merealisasikan misi penyusuan eksklusif 2 tahun🚼🚼🚼 👶👶👶
InsyaAllah..

🍥ShaRing is CaRing🍥

Jom invite mommies lain:
https://telegram.me/joinchat/Av7bXz250GkliA0d0YO6KQ


Tuesday, 19 July 2016

Salmon Grill bersama Flaxseed

As salam Mummy semua..

Apa khabar ..Lama betul x bersua. Rindu plak rasanya :)

Rasanya belum terlambat untuk Ummi ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali Ummi..Semua kita sentiasa berada dalam rahmat Nya..Amiinn Ya Rabbana.

Untuk perkongsian bersama, kali ni Ummi nak share resepi terbaru milkbooster Salmon Grill bersama Flaxseed..Bagi penggemar salmon, bleh la cuba..
Resepi yang cukup ringkas & berkhasiat..
N yang paling best, dapat milkbooster tu.. InsyaAllah.

Jom kita semak resepi ni..


Bahan-bahan
1 kpg Ikan Salmon
4 bj Cendawan butang- dihiris sederhana nipis
4 btg Bayam bersama daun
1/2 batang carrot- diparut kasar
1 sdk lada hitam- di tumbuk sederhana halus
1/2 sdk garam- secukup rasa
1 sdk Olive oil
1 sdk Butter
2 sdb Flaxseed- ditumbuk kasar
2 sdb Jintan Hitam (Habbatulsauda)- ditumbuk kasar

Cara-cara
1. Perapkan salmon bersama lada hitam & garam untuk 1-3 jam dalam peti sejuk agar bahan dapat diserap dgn sempurna
2. Untuk grill, letakkan olive oil & butter atas pan baru dimasukkan salmon. Grill lbh kurang 5-7 mnt shj. Jgnla overcook, nnt isi salmon jadi keras
3. Angkat salmon setelah masak, guna pan yang sama utk masak sayur. X perlu tambah olive oil, guna lebihan drp grill salmon tadi.
4. Masukkan cendawan bersama flaxseed & habbatulsauda. goreng seketika, Kemudian masukkn carrot bersama bayam. Goreng sekejap lebih kurang 1 mnt saja.. Siap.
5. Hidangkan sayur bersama salmon grill.

Selamat mencuba :)


Thursday, 21 April 2016

Pemakanan Yang Mempengaruhi Emosi Ibu



For this entry, Ummi nak share 1 artikel daripada rakan blogger Ummi, Hosnee. Penulis blog www.ibusayangianakkecil.wordpress.com. Artikel beliau  cukup menarik & a lot of input especially for mummy2.. Ummi pun x terkecuali.hee.. Thanks a lot of ur reminder & info.. banyak penekanan dalam hal ehwal keibuan ni. Niat beliau yang baik iaitu ingin membantu ibu-ibu di luar sana, berkongsi cara memperkuatkan jiwa dalaman ibu & mengajarkan tips serta kaedah yang berkaitan dengan urusan seharian..Jom share & support!!!

Thanks Hosnee as my guest writer for this entry :)




Ok, jom proceed..

Ibu, tahu tak, yang makanan dan pemakanan ibu boleh mempengaruhi diri ibu?? Tak pernah dengar? Takpe, jom, saya nak share info tentang ini.. Kalau ibu belum tahu, pembentukan diri manusia sangat berkait rapat dengan cara pemakanan yang diambil. Diri kita ni, sangat terkesan dengan makanan yang disuapkan ke dalam mulut kita. Maksudnya, apa yang kita makan, itu akan membentuk dalaman diri kita.. Daripada mana saya dapat fakta ni? Saya dapat daripada panduan pemakanan yang diajarkan guru-guru saya ketika belajar cara makan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Jap, saya bagi contoh.. Supaya ibu boleh nampak jelas pengaruh makanan dan pemakanan kepada diri?


MAKAN MAKANAN YANG DIHARAMKAN 

Nabi SAW bagitahu, tidak boleh sama sekali bagi seseorang makan makanan yang diharamkan seperti arak dan khin***.. Tahu tak kenapa? Ulama Islam menyebutkan dalam kitab fekah, antara alasannya :
  • Arak itu mematikan kewarasan manusia dan mematikan sel otak. Kerana sifat arak itu. Apabila seseorang selalu arak – kewarasan akalnya boleh terganggu walaupun ketika dia tak minum arak.. Lagi satu, arak menyebabkan orang tu sentiasa ketagih yang menyebabkan dirinya tidak mampu bertahan ketika datang suatu cabaran.. Akalnya susah cari jalan keluar, kecuali yang dia nampak dalam kepalanya “arak”. 
  • Khin*** tu kita semua tahu, sifatnya kotor dan pengotor.. Antara kesan seseorang yang rajin sangat makan khin*** ni, akan mewarisi sifat khin*** tu.. Dia akan menjadi rakus dengan sesuatu, tidak berfikir panjang dan sentiasa pentingkan diri.. 


CARA PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG

Itu satu contoh dari sudut makanan, ni saya bagi contoh dari sudut pemakanan pulak.. Dari sudut cara makan, Nabi SAW ajar supaya tidak makan sehingga terlalu kenyang.. TIdak terlalu kenyang tu, maksudnya sehingga tidak mampu bangun dan kurang selesa tubuh akibat terlalu penuh perut..

  • Nabi SAW sebut, makan cara ini (sampai kenyang ni) bakal melahirkan malas.. Malas bekerja, malas berfikir.. Ulama sebutkan, orang yang biasa kenyang, walaupun ada waktunya tidak makan, tetap akan terkesan. Emosinya terasa sentiasa berat melakukan apa-apa.. Sebab tu Nabi SAW larang untuk sentiasa kenyang.. 
  • Dalam contoh lain, di antara adab makan yang diajarkan Nabi SAW tidak makan dengan tangan kiri.. Kerana tangan kiri tu, tangan yang kebiasaannya digunakan untuk perkara yang tidak bersih.. Pernah ada ketika, Nabi SAW menahan seorang budak yang nak makan dengan tangan kiri.. Kata ulama antara kesan makan dengan tangan kiri pada diri seseorang, menyebabkan orang itu tak kisah bersih atau tak makanan yang diambil.. dan keadaan macam tu, tak baik bagi dirinya.. Ha, ini antara contohnya makanan dan cara makan yang tak berapa elok.. Tadi contoh yang kurang elok, ni kita tengok contoh yang terbaik pulak.. Yang mesti ibu amalkan dan diajar pada anak kecil :D 



CARA PEMAKANAN YANG BAIK 

Nabi SAW banyak ajar, cara makan yang baik-baik.. Ulama yang kaji cara makan tu, banyak jumpa rahsia yang bagus pada diri manusia kalau diamalkan.. Antaranya :

  • Satu hari Nabi SAW ada sebahagian buah labu untuk dimakan bersama dengan beberapa hidangan. Tetapi buah labu tu tak berapa banyak.. Jadinya, Rasulullah SAW potong kecik-kecik (macam potongan dadu), dan lepas tu ditabur atas hidangan tu secara berselerak.. Jadi sahabat tanya, “untuk apakah ini wahai Rasulullah??”, maksudnya sahabat pelik tengok Rasulullah SAW potong kecik-kecik dan tabor atas makanan.. Jawab Nabi SAW, ini supaya semua orang yang makan dapat merasainya.. Ulama kata, Rasulullah ajar, kalau makanan tu sedikit, maka dikongsikan juga supaya semua merasainya walaupun sebesar potongan dadu.. Cara Rasulullah SAW ini mewariskan “semangat berkongsi”.. Sehingga para sahabat zaman dulu, kalau makan mesti nak berkongsi.. 
  • Dalam cara makan yang lain, Nabi SAW ajar supaya minum air daripada gelas, senafas senafas.. Jangan minum seteguk terus sehingga habis.. Ketika di tanya kenapa, maka ulama menjawab, cara minum macam tu melahirkan sifat sabar dan tenang dalam diri seseorang.. Nampak kan? Rasionalnya.. Jom kita tengok makanan pilihan Nabi SAW pulak.. 



SELALU MAKAN MAKANAN YANG BAIK 

Nabi SAW tak cerewet tentang makanan tapi Nabi SAW akan memilih makanan yang baik untuk dimakan, sebab bagi Nabi SAW makanan yang baik bagus untuk badan dan jiwa.

  • Nabi SAW suka dengan susu, Nabi beritahu ia minuman yang menyegarkan dan mengenyangkan.. Kata ulama, Nabi pilih makanan yang cepat kenyang. Supaya fikiran tak disibukkan dengan makan. Jiwa kacau kalau selalu fikir tentang makan, banyak kerja tak boleh buat. Huhu 
  • Nabi SAW pon suke dengan buah.. Manis buah.. Nabi SAW bila makan buah, terasa cukup.. Kata ulama, makan walaupun sedikit, tetapi ketika dihayati keenakkannya, ia mampu memuaskan kita.. Punca orang tak puas dan nak makan sehingga kenyang, kerana merasa rakus.. huhu.. Ini secara ringkas, walaupun tak ringkas sangat.. hehe.. 

Apa yang saya nak share dengan ibu-ibu sekalian, makanan dan cara makan boleh mempengaruhi diri seseorang.. Ada kajian kat negara kita, punca hilang sabar di kalangan anak-anak muda hari ini, sebabnya selalu sangat makan fast food. Beza dengan mak ayah nenek moyang dulu, kalau nak makan, kene tunggu siap masak dulu.. Kesan dari menunggu tu rupanya melahirkan sifat sabar.. Ini kajian yang berlaku. Ibu boleh search tentang tu..

Jadi, jom kita semua sama-sama jaga makanan dan cara makan kita.. matlamat saya untuk kongsikan tips-tips yang buat jiwa ibu kuat.. sebab ibu tulang belakang keluarga, yang menyokong ayah dan membina anak-anak.. Tanggungjawabnya susah dan mencabar..

Tapi kalau ibu Berjaya kuat, sebenarnya ibu lah kekuatan yang lain..

Di sebalik suami yang Berjaya ada isteri yang hebat.
Di sebalik anak yang Berjaya ada ibu yang hebat..

Semoga ibu-ibu kuat :D


Salam perkenalan daripada saya, Hosnee. Jangan lupa ziarah blog saya : www.ibusayangianakkecil.wordpress.com untuk dapatkan tips “ibu tenang” dan “ibu kuat” yang lain.

Jika ibu rasa artikel ini bermanfaat, saya harap ibu dapat share dan sebarkan kepada ibu-ibu yang lain. Supaya kita semua dapat manfaat bersama.

Sekian..

Monday, 18 April 2016

Resepi Roti Pita bersama Hirisan Daging





Ni sambungan dari entry sebelum ni..

Selain resepi roti telur cheese mudah ni.., Ummi ada kongsikan resepi roti pita hirisan daging utk mummy2 cuba. Kali ni, en Husband plak yg gemar resepi ni..siap bawak bekal ke office..my son pun suka jugak..bwk bekal ke sekolah gak..

Ummi rasa kandungan utama kat roti pita membuatkan kita cepat kenyang & bleh tahan lama. Gandum tu..Sape2 yg on diet tu, Ummi rekemenkan resepi ni.. Boleh cuba ye coz sangat simple & healthy..

One thing, Ummi guna hirisan daging instead of daging burger...Kononnye x nak lemak & oily bagai..My doughter pun suka daging ni.. makan macam tu je..sedap katanya.. Ummi beli kat kedai Ramly je.. bleh support bisnes bumiputra jugak tu..InsyaAllah, pasni xnak beli daging burger dah kut..Aim for healthy food :)

Jom try

 2. Roti Pita bersama hirisan daging
(masa diperlukan : 6 minit)

Bahan2:
Roti pita
Daging slice
Salad/tomato/timun
Cheese slice
Sos/mayonis

Cara2:
Goreng daging slice dgn sedikit minyak black papper & kicap.
Masukkan daging tersebut bersama cheese slice ke dalam roti pita.
Panaskan dalam microwave selama 50-60s supaya cheese cair & melekat.
Hidangkan bersama salad/timun/tomato & juga sos/mayonis kegemaran anda..

Selamat mencuba.






Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015