Pages

Showing posts with label kurma. Show all posts
Showing posts with label kurma. Show all posts

Friday, 13 November 2015

Minuman Mudah untuk Milkbooster

As salam mummy2 semua..
Semoga kalian sihat & sentiasa berada di bawah lindungan Nya. Sempena hari yang mulia ni, Ummi nak share resepi minuman mudah untuk milkbooster & meningkatkan pengeluaran susu ibu. Seringkali ummi amalkan pengambilan minuman ni di waktu bz2 kerana ia mudah & cepat disediakan. Rasanya pun not bad..Biasanya lps 2-3 jam lps minum, production memang meningkat.hehe.. Alhamdulillah..

Jom kita semak resepi minuman halba ni..

1. Minuman Halba
Bahan2: 1 sd kecil halba + 1 gelas air panas.
Cara2nya: Campurkan halba ke dalam air panas, biarkan suam..
                 sedia untuk diminum :)



2. Minuman Halba & Kurma
Bahan2: 1 sd kecil halba + 1 gelas air panas + 2 sd kecil kurma cincang
Cara2nya: Campurkan halba + kurma ke dalam air panas, biarkan suam..
                sedia untuk diminum :)
# tambahan kurma bg menambahkan rasa manis & lbh sedap.
# boleh tambah madu jika tiada kurma


3. Minuman susu + Halba + Kurma
Bahan2: 1 sd kecil halba + 1 gelas air suam + 2 sd kecil kurma cincang+ 3 sd besar susu
Cara2nya: Campurkan halba + kurma + susu  ke dalam air suam..
                sedia untuk diminum :)
 # minum susu sajo pun best..tp ummi pilih susu Wildan..Susu kambing yg best. minuman sunnah gak..
Ummi bli ngan Kak Nazirah..boleh kontek dia kt  SINI ..Harga lebih murah & service mmg tiptop..Siap htr ke rumah. :). best2..jimat masa & tenaga.hehe


Biasanya utk breakfast & mimum petang, Ummi akan buat salah satu minuman di atas bersama cookies@ brownies..sedap.. susu pun meriah..Alhamdulillah wa Syukrulillah..









Tips: sila makan brownies@lactation cookies sebelum breakfast untuk susu lebih meriah :) :) :)

Selamat mencuba..




Tuesday, 3 November 2015

Ramuan Utama Biskut Laktasi Ummi Milk in Cookies

As salam mummy2 semua..

As promise, kali ni Ummi nk share kandungan utama yang ada pada kebanyakan biskut laktasi. Antara ramuan utama yang membezakan biskut laktasi (Lactation Cookies) dan biskut biasa ialah

1. OLD FASHIONED @ ROLLED OATS
  • kaya dengan kandungan zat besi, kalsium, protein, zink & vitamin E
  • sumber kalori yang sihat
  • fiber yang tinggi 
  • dapat mengurangkan kolestrol
  • memberi kekenyangan berpanjangan serta mengurangkan berat badan
 >>  antara faktor yang membolehkan oat meningkatkan milk supply ibu-ibu menyusu.

mummy2 semua..
* kalau nk buat lactation cookies ni, guna rolled oat ye..elakkan guna oat jenis lain..ni contoh oat yang ada kt pasaran..



2. FLAX SEED
  • kandungan fiber yang tinggi
  • Minyak dari flax seed adalah milkbooster yang digunakan sejak turun-temurun.  
  • kaya dengan omega-3 (essential fatty acid) termasuk EPA, dan DHA yang sangat penting untuk diet ibu menyusu &bayi yang disusukan. Perkembangan pesat otak bayi juga sangat bergantung pada essential fatty acid Omega-3 ini. See how flaxseed very nutritious for us :) Act, omega-3 juga penting  untuk diet semua termasuk kaum bapa dan kanak2 yg sedang membesar..Sharing is caring...Antara khasiat Omega-3  yg Ummi dpt dr perkongsian semua ialah:
1. Memperkuat memori dan fungsi otak 
2. Penting untuk lubrikasi sendi
3. Membakar lemak
4. Mengurangkan kolesterol jahat
5. Mempunyai kesan anti-radang
 
6. Membantu regulasi hormon 
7. Mengurangkan kejadian “gila meroyan” atau postpartum depression 



* kalau nk buat lactation cookies ni, guna ground/meal flaxseed ye..bleh ground guna blender part kering. x yah masukkan air. Ummi guna flaxseed organik..


3. BREWER’S YEAST
  •  Merupakan sumber vitamin B yang boleh: 
1. melegakan keletihan, 
2. anti-stress 
3. energy-booster. 

See mummy, lps ni x cepat letih dah..Hati gembira sentiasa..kurang stress dan milk-supply lebih meriah!

 * kalau nk buat lactation cookies ni, ummi memang guna organik brewers yeast. bleh cari kat mana2 kedai organik


4. FENUGREEK (HALBA)
  •  milkbooster tradisional yang digunakan sejak zaman dahulu untuk meningkat susu badan
  • Ada yang mencampurkan halba dalam adunan biskut, tapi mengikut sebuah kajian, untuk mendapatkan effect milkbooster yang berkesan anda perlu mengambil 1500mg fenugreek sehingga 3 kali sehari! 
  • Halba juga merupakan salah satu makanan sunnah yang patut kita amalkan..bleh refer kat sini.


 * kalau nk buat lactation cookies ni, ummi memang guna organik fenugreek powder. Klu mummy ada yg dlm bentuk biji2 tu, bleh je di blender halus..kat kedai organik mmg ada jual.


5. DATES (KURMA)

Bagi kebanyakan biskut laktasi, kurma tidak digunakan sebagai ramuan utama mereka. Namun begitu, Ummi lebih gemar mamasukkan kurma as part of my lactation cookies ingredient kerana kandungan zat yang tinggi..Semua well known about it..rasa cookies pun  lbh sedap. Di samping itu, bleh la kite amalkan pemakanan sunnah..x salah mencuba..2 in 1..amalkan pemakanan sunnah + cookies lebih healthy n sedap..
Antara kebaikan kurma: 
  • Menambah dan memekatkan susu.
  • Memberi tenaga,menyihatkan darah merah.
  • Mengurangkan risiko kencing manis dan darah tinggi 
  • Mencegah bayi dari kuning/mudah sakit
  • Memudahkan process bersalin dan pengecutan rahim



6. COKLAT

  • Meningkatkan hormon prolaktin dan oksitoksin yang merangsang ibu-ibu untuk berasa gembira. Hormon oksitosin bertindak di kelenjar susu bertanggungjawap untuk merangsang susu ke sinus subareolar dan seterusnya ke puting. Secara tidak langsung membantu ibu yang menyusukan anak.
  • Membantu merangsang penghasilan susu badan
  • Anti oksidan

Antara dry fruit yg menjadi pilihan Ummi..

7. KISMIS

  • Melindungi hati. 
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Meningkatkan IQ
  • Mengawal tekanan darah
8. Red Rasberry 
  • Susu lebih meriah & mencantikkan kulit :)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi pesanan Ummi, tidak semua merasai effect biskut laktasi ni..Bergantung kepada individu jugak, sesetengahnya akan merasai effect milkbooster, manakala sesetengah yang lain hanya merasai kesedapannya..
Tp jgn risau, even x merasai sgt effect milkboosternye, mummy masih dapat "delicious & nutrition" from this lactation cookies..

Teruskan bereksperiment.. InsyaAllah, akan ditemukan jua milkbooster mummy2 semua. 



Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015