Pages

Showing posts with label flaxseed. Show all posts
Showing posts with label flaxseed. Show all posts

Tuesday, 19 July 2016

Salmon Grill bersama Flaxseed

As salam Mummy semua..

Apa khabar ..Lama betul x bersua. Rindu plak rasanya :)

Rasanya belum terlambat untuk Ummi ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali Ummi..Semua kita sentiasa berada dalam rahmat Nya..Amiinn Ya Rabbana.

Untuk perkongsian bersama, kali ni Ummi nak share resepi terbaru milkbooster Salmon Grill bersama Flaxseed..Bagi penggemar salmon, bleh la cuba..
Resepi yang cukup ringkas & berkhasiat..
N yang paling best, dapat milkbooster tu.. InsyaAllah.

Jom kita semak resepi ni..


Bahan-bahan
1 kpg Ikan Salmon
4 bj Cendawan butang- dihiris sederhana nipis
4 btg Bayam bersama daun
1/2 batang carrot- diparut kasar
1 sdk lada hitam- di tumbuk sederhana halus
1/2 sdk garam- secukup rasa
1 sdk Olive oil
1 sdk Butter
2 sdb Flaxseed- ditumbuk kasar
2 sdb Jintan Hitam (Habbatulsauda)- ditumbuk kasar

Cara-cara
1. Perapkan salmon bersama lada hitam & garam untuk 1-3 jam dalam peti sejuk agar bahan dapat diserap dgn sempurna
2. Untuk grill, letakkan olive oil & butter atas pan baru dimasukkan salmon. Grill lbh kurang 5-7 mnt shj. Jgnla overcook, nnt isi salmon jadi keras
3. Angkat salmon setelah masak, guna pan yang sama utk masak sayur. X perlu tambah olive oil, guna lebihan drp grill salmon tadi.
4. Masukkan cendawan bersama flaxseed & habbatulsauda. goreng seketika, Kemudian masukkn carrot bersama bayam. Goreng sekejap lebih kurang 1 mnt saja.. Siap.
5. Hidangkan sayur bersama salmon grill.

Selamat mencuba :)


Tuesday, 3 November 2015

Ramuan Utama Biskut Laktasi Ummi Milk in Cookies

As salam mummy2 semua..

As promise, kali ni Ummi nk share kandungan utama yang ada pada kebanyakan biskut laktasi. Antara ramuan utama yang membezakan biskut laktasi (Lactation Cookies) dan biskut biasa ialah

1. OLD FASHIONED @ ROLLED OATS
  • kaya dengan kandungan zat besi, kalsium, protein, zink & vitamin E
  • sumber kalori yang sihat
  • fiber yang tinggi 
  • dapat mengurangkan kolestrol
  • memberi kekenyangan berpanjangan serta mengurangkan berat badan
 >>  antara faktor yang membolehkan oat meningkatkan milk supply ibu-ibu menyusu.

mummy2 semua..
* kalau nk buat lactation cookies ni, guna rolled oat ye..elakkan guna oat jenis lain..ni contoh oat yang ada kt pasaran..



2. FLAX SEED
  • kandungan fiber yang tinggi
  • Minyak dari flax seed adalah milkbooster yang digunakan sejak turun-temurun.  
  • kaya dengan omega-3 (essential fatty acid) termasuk EPA, dan DHA yang sangat penting untuk diet ibu menyusu &bayi yang disusukan. Perkembangan pesat otak bayi juga sangat bergantung pada essential fatty acid Omega-3 ini. See how flaxseed very nutritious for us :) Act, omega-3 juga penting  untuk diet semua termasuk kaum bapa dan kanak2 yg sedang membesar..Sharing is caring...Antara khasiat Omega-3  yg Ummi dpt dr perkongsian semua ialah:
1. Memperkuat memori dan fungsi otak 
2. Penting untuk lubrikasi sendi
3. Membakar lemak
4. Mengurangkan kolesterol jahat
5. Mempunyai kesan anti-radang
 
6. Membantu regulasi hormon 
7. Mengurangkan kejadian “gila meroyan” atau postpartum depression 



* kalau nk buat lactation cookies ni, guna ground/meal flaxseed ye..bleh ground guna blender part kering. x yah masukkan air. Ummi guna flaxseed organik..


3. BREWER’S YEAST
  •  Merupakan sumber vitamin B yang boleh: 
1. melegakan keletihan, 
2. anti-stress 
3. energy-booster. 

See mummy, lps ni x cepat letih dah..Hati gembira sentiasa..kurang stress dan milk-supply lebih meriah!

 * kalau nk buat lactation cookies ni, ummi memang guna organik brewers yeast. bleh cari kat mana2 kedai organik


4. FENUGREEK (HALBA)
  •  milkbooster tradisional yang digunakan sejak zaman dahulu untuk meningkat susu badan
  • Ada yang mencampurkan halba dalam adunan biskut, tapi mengikut sebuah kajian, untuk mendapatkan effect milkbooster yang berkesan anda perlu mengambil 1500mg fenugreek sehingga 3 kali sehari! 
  • Halba juga merupakan salah satu makanan sunnah yang patut kita amalkan..bleh refer kat sini.


 * kalau nk buat lactation cookies ni, ummi memang guna organik fenugreek powder. Klu mummy ada yg dlm bentuk biji2 tu, bleh je di blender halus..kat kedai organik mmg ada jual.


5. DATES (KURMA)

Bagi kebanyakan biskut laktasi, kurma tidak digunakan sebagai ramuan utama mereka. Namun begitu, Ummi lebih gemar mamasukkan kurma as part of my lactation cookies ingredient kerana kandungan zat yang tinggi..Semua well known about it..rasa cookies pun  lbh sedap. Di samping itu, bleh la kite amalkan pemakanan sunnah..x salah mencuba..2 in 1..amalkan pemakanan sunnah + cookies lebih healthy n sedap..
Antara kebaikan kurma: 
  • Menambah dan memekatkan susu.
  • Memberi tenaga,menyihatkan darah merah.
  • Mengurangkan risiko kencing manis dan darah tinggi 
  • Mencegah bayi dari kuning/mudah sakit
  • Memudahkan process bersalin dan pengecutan rahim



6. COKLAT

  • Meningkatkan hormon prolaktin dan oksitoksin yang merangsang ibu-ibu untuk berasa gembira. Hormon oksitosin bertindak di kelenjar susu bertanggungjawap untuk merangsang susu ke sinus subareolar dan seterusnya ke puting. Secara tidak langsung membantu ibu yang menyusukan anak.
  • Membantu merangsang penghasilan susu badan
  • Anti oksidan

Antara dry fruit yg menjadi pilihan Ummi..

7. KISMIS

  • Melindungi hati. 
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Meningkatkan IQ
  • Mengawal tekanan darah
8. Red Rasberry 
  • Susu lebih meriah & mencantikkan kulit :)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi pesanan Ummi, tidak semua merasai effect biskut laktasi ni..Bergantung kepada individu jugak, sesetengahnya akan merasai effect milkbooster, manakala sesetengah yang lain hanya merasai kesedapannya..
Tp jgn risau, even x merasai sgt effect milkboosternye, mummy masih dapat "delicious & nutrition" from this lactation cookies..

Teruskan bereksperiment.. InsyaAllah, akan ditemukan jua milkbooster mummy2 semua. 



Resepi Granola Bar Lactation


 Bismillah..


Rasanya dah a few lactation resepi Ummi share untuk dieksperiment..teruskan bereksperiment ye..
For you & your lovely baby..Hope, apa yang kita lakukan ini diberkatiNya.. Amin..

Berbalik pada entry kali ni, Ummi nak share satu lagi resepi laktasi istimewa untuk mummy semua iaiti Granola Bar..Nak buatnye mmg senang dan cepat..selain rasanya yg sedap, granola ni mmg healthy..Insya Allah..ala ala protein bar..

Jom kite semak resepi Lactation Granola Bar ni..maaf ye, Ummi masukkan resepi dalam versi English ye, x sempat nak translate..tp ada a few bahan mmg Ummi dh edit ikut selera sdri..Selamat mencuba..Nanti Ummi akan update gambar. InsyaAllah..

Bahan2
  • 2 cups whole grain old fashioned rolled oats
  • 1 cup whole wheat flour
  • 1/2 cup brown sugar (kurangkn cket jika xnak manis coz kita ada guna honey)
  • 1/2 cup wheat germ
  • 1/4 cup flax seed
  • 2 tbs brewers yeast
  • 1 tbs fenugreek powder
  • 1 tsp. cinnamon
  • 1 tsp. salt
  • 1/2 cup honey
  • 1/2 cup coconut oil/melted butter/minyak jagung/minyak sayuran
  • 1 egg, beaten
  • 2 tsp. vanilla extract
Optional add ins:
  • 1 sliced or mashed banana
  • 3/4 cup chocolate chips
  • 3/4 cup dried fruit (cranberries, cherries, blueberries, apricots)
  • 1/2 cup dried, shredded coconut (try it toasted!)
  • 1/2 cup nuts – walnuts, almonds, pecans, hazelnuts, etc.
  • whatever your imagination dreams up! 

Cara2..
1. Preheat oven to 180 Celsius.
2. Spray a 9 x 13 pan with cooking spray. 
3. In a large bowl, mix together the dry ingredients.  Make a well in the center and add all of the wet ingredients.  Mix together well. 
4. Gently mix in your add ins and press the mixture into your prepared pan.
5. Bake for 30 minutes, turning once halfway for even baking.  Allow to cool for about 5 minutes and then cut into bars of your desired shape and size.

Selamat mencuba..
Bleh oder ngan Ummi..



Monday, 2 November 2015

Resepi Congo Bar Laktasi @ Lactation Congo Bar Sedap

Bismillah..

Assalamualaikum mummy2 semua..Dah try ke wat lactation cookies & lactation brownies?
Best x bereksperiment sdri? Klu xde 'pembantu2' kite yang comel2 tu, mungkin lagi smooth kut eksperiment kite..tp klu diorg ada pun, apa salahnye..have fun with ur kids.. it's a wonderful time...muahmuah..

Hari ni Ummi nak share resepi Lacatation Congo Bar plak.. apo ke bende Congo Bar ni..ada gak org panggil Congo Bar ni as a Chocolate Bar..whatever it is, Ummi prefer Congo Bar instead Brownies.hee..sedap..rasa coklat coin yg memeleh tu..nyamnyam..

Ummi blom jumpa resepi Lactation Congo Bar from pakcik Gugel..resepi Congo Bar je mmg byk..npk gayanye kena la sdri  try n error. Alhamdulillah..anak2 kata sedap..

Ni Ummi share eksperiment Lactation Congo Bar untuk rujukan mummy2 semua..Nasib baik my little prince tengah beradu, bleh la Ummi update blog ni.hehe..



Bahan2..
  • 1 cup brown sugar
  • 2/3 cup salted butter (softened)/ minyak jagung/ minyak sayuran
  • 3 eggs (whisked)
  • 1 3/4 cup flour
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1 tsp salt
  • 1 tsp. vanilla
  • 1 1/2 - 2 cup semi-sweet chocolate chips/coin
  • 2 tbs flaxseed meal/ground
  • 2 tbs brewers yeast
  • 2 tbs fenugreek (bleh skip klu x nak)
  • 1/2 tsp cinnamon (bleh skip klu x ltk fenugreek)
Cara2..

1. Pre-heat oven to 180 darjah.
2.Cream butter and sugar in a large bowl. Add in eggs and vanilla and stir until combined. Mix the baking powder and salt with 1 cup of flour. Pour into the butter mixture and stir in the rest of the flour, flaxseed, brewers & fenugreek. Fold in chocolate chips.
2. Grease loyang 13x9 and tabur sedikit flour. Press dough into pan with flour on your hands. Bake for 25-35 minutes or until lightly browned.    
3. Test with a tooth pick. The dough should be soft in the center.
4. Biar sketika bg bars sejuk baru bleh mkn.
 Enjoy with a cold glass of milk!

Selamat mencuba..
Klu x sempat, bleh oder ngan Ummi ye:)



Friday, 30 October 2015

Resepi Brownies Laktasi @ Lactation Brownies Sedap

Bismillah..

Entri kali Ummi nak share resepi Lactation Brownies a.k.a Milkbooster brownies untuk rujukan mummy2 semua.Bagi penggemar brownies, bleh cuba..
Resepi yg sangat mudah, simple & nyum..nyum..x payah guna mixer bagai..guna whisk je mummy :)
Jom, kite semak bahan & cara2 nye..




Bahan2
  • 3/4 cwn tepung serbaguna (ummi guna tepung superfine)
  • 3/4 cwn serbuk coco 
  • 1 cwn gula perang 
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cwn bittersweet chocolate chunks ( ummi guna semisweet chocolate coin)
  • 2/3 cwn susu segar
  • 6 sudu makan mentega (bleh ganti dgn  minyak sayuran/minyak jagung)
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • 2 biji telur
  • 3 sudu makan serbuk flaxseed
  • 2 sudu makan brewers yeast
  • 2 sudu makan serbuk fenugreek
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu makan kurma cincang
  • 3 sudu makan milky chocolate coin

Cara2

1. Panaskan oven ke 180°.
2. Campurkan tepung bersama 1/2 cwn semisweet chocolate coin dan bahan2 kering yang lain (kecuali gula perang, kurma dan milky chocolate coin) ke dalam mangkuk. Gaul bagi sekata.ketepikan.
3. Untuk buat milk mixture, campurkan baki 1/2 cwn semisweet chocolate coins dan susu segar in a microwave-safe bowl; microwave at HIGH 1 minute, kacau setiap 30 saat. Kemudian, masukkan mentega dan vanila, kacau sekejap. Diikuti dengan gula dan telur..Kacau manja biar sekata.
4. Kemudian, masukkan milk mixture ke dalam campuran tepung (dari step 1). Kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul. Cuma guna senduk. x perlu mixer bagai..
5. Sediakan loyang pembakar saiz 8'x8' dengan alas yang telah disapu dengan sedikit minyak/ mentega. Masukkan separuh bahan adunan brownies tadi. Taburkan dalam 2 sudu besar kurma dan 2 sudu besar milky chocolate coin. Tuang lebihan adunan. tabur lebihan kurma dan milky chocolate coin tadi.
6. Bakar pada suhu 180° selama 22-25 minit. Boleh check dengan stick.klu acuan x melekat dkt stick, consider dah ok.
7. Setelah masak, keluarkan dari loyang..biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Siap..

Selamat mencuba & bereksperiment












Resepi Biskut Laktasi Mudah & Sedap

Bismillah..

Entri kali Ummi nak share resepi Biskut Laktasi @ Lactation Cookies a.k.a Milkbooster cookies untuk rujukan mummy2 semua. Resepi yg sangat mudah, simple & nyum..nyum..x payah guna mixer bagai..guna whisk je mummy :)
Jom, kite semak bahan & cara2 nye..


   


Bahan2..
  • 1 cup coconut oil (extra virgin cold pressed)/ minyak jagung/ butter. klu guna coconut oil >> This is SOOOO good for you! A very healthy fat. Fat is extremely important to have in your diet.
  • 1 cup of brown sugar/ maple syrup (bleh lebihkn klu suka manis..Ummi mmg kureeng manis)
  • 3 tbs flaxseed meal
  • 2 eggs
  • 2 1/2 cups flour (bole guna wholemeal flour juga)
  • 1 tsp baking soda
  • 1 tsp salt
  • 2 - 3 cups oats (x kisah brand apa tapi jangan guna yg INSTANT)
  • 1 1/2 cup of nuts/chocolate chips/dried fruit…ikut suka mummy, selera lain2 :)
  • 2 tbs of brewers yeast
* bleh add cinnamon/ vanilla extract utk extra flavour
* bleh add 2 tbsp fenugreek/ halba powder utk lbh milkbooster.. ( tp rasanye agak pahit cket, hati2 ye mummy..takut cookies ni lain plak rasanye) - tp klu nk letak juga, bleh add cinnamon & honey utk cover rasa pahit td :)

Cara2..

Gaulkan sebati bahan2 kering ( flour, baking soda, salt, brewers yeast, flaxseed meal, fenugreek powder)
 
Dalam bekas lain, pukul sekata gula dengan butter.x perlu lama.
Masukkan telur..kacau sekejap

Masukkn bahan kering yg sudah digaul tadi..

Gaul mesra kesemua bahan.

Akhir sekali, bleh masukkan oat, nuts/choc chip/dried fruit kesukaan mummy semua..

bila dah agak2 sebati, boleh la disedukkan ke dulang pembakar.
saiz cookies depend pd mummy, Ummi hanya guna 1 sudu kecil utk each cookies.

Bakar pada suhu 180darjah celsus, 15-25 mnt, ikut oven masing2..
Biarkn sejuk, baru simpan dalam bekas..

Selamat mencuba & bereksperimen :)

* klu mummy npk doh cookies ni agak kering, bleh tambah natural yogurt/ susu ye..

Nanti share feedback dari eksperiment mummy ye:)

Kalau mummy x sempat nak bereksperiment, boleh je oder drp Ummi :)




Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015