Pages

Showing posts with label Lactation Cookies. Show all posts
Showing posts with label Lactation Cookies. Show all posts

Tuesday, 3 November 2015

Ramuan Utama Biskut Laktasi Ummi Milk in Cookies

As salam mummy2 semua..

As promise, kali ni Ummi nk share kandungan utama yang ada pada kebanyakan biskut laktasi. Antara ramuan utama yang membezakan biskut laktasi (Lactation Cookies) dan biskut biasa ialah

1. OLD FASHIONED @ ROLLED OATS
  • kaya dengan kandungan zat besi, kalsium, protein, zink & vitamin E
  • sumber kalori yang sihat
  • fiber yang tinggi 
  • dapat mengurangkan kolestrol
  • memberi kekenyangan berpanjangan serta mengurangkan berat badan
 >>  antara faktor yang membolehkan oat meningkatkan milk supply ibu-ibu menyusu.

mummy2 semua..
* kalau nk buat lactation cookies ni, guna rolled oat ye..elakkan guna oat jenis lain..ni contoh oat yang ada kt pasaran..



2. FLAX SEED
  • kandungan fiber yang tinggi
  • Minyak dari flax seed adalah milkbooster yang digunakan sejak turun-temurun.  
  • kaya dengan omega-3 (essential fatty acid) termasuk EPA, dan DHA yang sangat penting untuk diet ibu menyusu &bayi yang disusukan. Perkembangan pesat otak bayi juga sangat bergantung pada essential fatty acid Omega-3 ini. See how flaxseed very nutritious for us :) Act, omega-3 juga penting  untuk diet semua termasuk kaum bapa dan kanak2 yg sedang membesar..Sharing is caring...Antara khasiat Omega-3  yg Ummi dpt dr perkongsian semua ialah:
1. Memperkuat memori dan fungsi otak 
2. Penting untuk lubrikasi sendi
3. Membakar lemak
4. Mengurangkan kolesterol jahat
5. Mempunyai kesan anti-radang
 
6. Membantu regulasi hormon 
7. Mengurangkan kejadian “gila meroyan” atau postpartum depression 



* kalau nk buat lactation cookies ni, guna ground/meal flaxseed ye..bleh ground guna blender part kering. x yah masukkan air. Ummi guna flaxseed organik..


3. BREWER’S YEAST
  •  Merupakan sumber vitamin B yang boleh: 
1. melegakan keletihan, 
2. anti-stress 
3. energy-booster. 

See mummy, lps ni x cepat letih dah..Hati gembira sentiasa..kurang stress dan milk-supply lebih meriah!

 * kalau nk buat lactation cookies ni, ummi memang guna organik brewers yeast. bleh cari kat mana2 kedai organik


4. FENUGREEK (HALBA)
  •  milkbooster tradisional yang digunakan sejak zaman dahulu untuk meningkat susu badan
  • Ada yang mencampurkan halba dalam adunan biskut, tapi mengikut sebuah kajian, untuk mendapatkan effect milkbooster yang berkesan anda perlu mengambil 1500mg fenugreek sehingga 3 kali sehari! 
  • Halba juga merupakan salah satu makanan sunnah yang patut kita amalkan..bleh refer kat sini.


 * kalau nk buat lactation cookies ni, ummi memang guna organik fenugreek powder. Klu mummy ada yg dlm bentuk biji2 tu, bleh je di blender halus..kat kedai organik mmg ada jual.


5. DATES (KURMA)

Bagi kebanyakan biskut laktasi, kurma tidak digunakan sebagai ramuan utama mereka. Namun begitu, Ummi lebih gemar mamasukkan kurma as part of my lactation cookies ingredient kerana kandungan zat yang tinggi..Semua well known about it..rasa cookies pun  lbh sedap. Di samping itu, bleh la kite amalkan pemakanan sunnah..x salah mencuba..2 in 1..amalkan pemakanan sunnah + cookies lebih healthy n sedap..
Antara kebaikan kurma: 
  • Menambah dan memekatkan susu.
  • Memberi tenaga,menyihatkan darah merah.
  • Mengurangkan risiko kencing manis dan darah tinggi 
  • Mencegah bayi dari kuning/mudah sakit
  • Memudahkan process bersalin dan pengecutan rahim



6. COKLAT

  • Meningkatkan hormon prolaktin dan oksitoksin yang merangsang ibu-ibu untuk berasa gembira. Hormon oksitosin bertindak di kelenjar susu bertanggungjawap untuk merangsang susu ke sinus subareolar dan seterusnya ke puting. Secara tidak langsung membantu ibu yang menyusukan anak.
  • Membantu merangsang penghasilan susu badan
  • Anti oksidan

Antara dry fruit yg menjadi pilihan Ummi..

7. KISMIS

  • Melindungi hati. 
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Meningkatkan IQ
  • Mengawal tekanan darah
8. Red Rasberry 
  • Susu lebih meriah & mencantikkan kulit :)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi pesanan Ummi, tidak semua merasai effect biskut laktasi ni..Bergantung kepada individu jugak, sesetengahnya akan merasai effect milkbooster, manakala sesetengah yang lain hanya merasai kesedapannya..
Tp jgn risau, even x merasai sgt effect milkboosternye, mummy masih dapat "delicious & nutrition" from this lactation cookies..

Teruskan bereksperiment.. InsyaAllah, akan ditemukan jua milkbooster mummy2 semua. 



Thursday, 22 October 2015

Ummi Milk In Cookies Review



Alhamdulillah..syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat Ummi share serba citer di sebalik kemunculan blog lactation cookies ni..

Apa sebenarnya Lactation cookies @ Biskut Laktasi @ kudapan tambah susu ni???

Serba sedikit info yg Ummi dapat mengatakan biskut laktasi ni ialah biskut yang membantu menambahkan penghasilan susu badan kerana kandungan utamanya terdori drp bahan2 laktogenik (bahan penggalak penghadilan susu badan)..Al maklumla Ummi sekarang tgh maintain bg BF for my little prince yg baru saja menganjak 5 months..Hasil carian info untuk diet & maintain susu yg berkualiti found that one of the solution is makan biskut ni..For info, lactation cookies ni bleh dimakan oleh semua..X semestinye untuk kaum mummy je..Kaum bapak2 pun bleh makan coz kandungan zat nye yang tinggi & sesuai untuk diet semua. Nnt Ummi akan criter lebih lanjut kandungan dlm biskut laktasi ni pada entry akan datang..InsyaAllah.

Honestly, harga lactation cookies yang ada kat pasaran agak mahal & limited access. Kesian kan kt ummi & mummy2 lain yg berminat nak makan cookies ni :(

Maka bermula journey Ummi to grab the lactation cookies. Bermula dengan pencarian resepi & bahan2 dengan bantuan Pakcik Google n sharing from my friends yg budiman, Ummi dapat menghasilkan cookies ni sendiri..Dari segi taste, untuk Ummi..bleh mkn berbalang2 :)..Alhamdulillah..

Bermula journey utk testimoni plak.. Lepas consume makan biskut ni for few days, Alhamdulillah..Biiznillah, susu Ummi juga turut bertambah..lebih pekat..Kebetulan one of my friend pun BF jugak, beza deliver date hanya 3 minggu..Ummi bg try biskut ni..Alhamdulillah..result turut owesome :)

Di blog ni Ummi akan share info pasal lactation cookies ni pada yang memerlukan..InsyaAllah..
Lactation resepi pun ada gak..bleh try yourself..
Tapi bagi mummy yang x berkesempatan n BZ melampau..bleh order je dr Ummi..Selain cookies, brownies, congo bar & granola bar pun ada..untuk kelainan..

Kebanyakan bahan yang Ummi guna adalah dari bahan organik..InsyaAllah lebih healthy..



Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015