Pages

Thursday 21 April 2016

Pemakanan Yang Mempengaruhi Emosi Ibu



For this entry, Ummi nak share 1 artikel daripada rakan blogger Ummi, Hosnee. Penulis blog www.ibusayangianakkecil.wordpress.com. Artikel beliau  cukup menarik & a lot of input especially for mummy2.. Ummi pun x terkecuali.hee.. Thanks a lot of ur reminder & info.. banyak penekanan dalam hal ehwal keibuan ni. Niat beliau yang baik iaitu ingin membantu ibu-ibu di luar sana, berkongsi cara memperkuatkan jiwa dalaman ibu & mengajarkan tips serta kaedah yang berkaitan dengan urusan seharian..Jom share & support!!!

Thanks Hosnee as my guest writer for this entry :)




Ok, jom proceed..

Ibu, tahu tak, yang makanan dan pemakanan ibu boleh mempengaruhi diri ibu?? Tak pernah dengar? Takpe, jom, saya nak share info tentang ini.. Kalau ibu belum tahu, pembentukan diri manusia sangat berkait rapat dengan cara pemakanan yang diambil. Diri kita ni, sangat terkesan dengan makanan yang disuapkan ke dalam mulut kita. Maksudnya, apa yang kita makan, itu akan membentuk dalaman diri kita.. Daripada mana saya dapat fakta ni? Saya dapat daripada panduan pemakanan yang diajarkan guru-guru saya ketika belajar cara makan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Jap, saya bagi contoh.. Supaya ibu boleh nampak jelas pengaruh makanan dan pemakanan kepada diri?


MAKAN MAKANAN YANG DIHARAMKAN 

Nabi SAW bagitahu, tidak boleh sama sekali bagi seseorang makan makanan yang diharamkan seperti arak dan khin***.. Tahu tak kenapa? Ulama Islam menyebutkan dalam kitab fekah, antara alasannya :
  • Arak itu mematikan kewarasan manusia dan mematikan sel otak. Kerana sifat arak itu. Apabila seseorang selalu arak – kewarasan akalnya boleh terganggu walaupun ketika dia tak minum arak.. Lagi satu, arak menyebabkan orang tu sentiasa ketagih yang menyebabkan dirinya tidak mampu bertahan ketika datang suatu cabaran.. Akalnya susah cari jalan keluar, kecuali yang dia nampak dalam kepalanya “arak”. 
  • Khin*** tu kita semua tahu, sifatnya kotor dan pengotor.. Antara kesan seseorang yang rajin sangat makan khin*** ni, akan mewarisi sifat khin*** tu.. Dia akan menjadi rakus dengan sesuatu, tidak berfikir panjang dan sentiasa pentingkan diri.. 


CARA PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG

Itu satu contoh dari sudut makanan, ni saya bagi contoh dari sudut pemakanan pulak.. Dari sudut cara makan, Nabi SAW ajar supaya tidak makan sehingga terlalu kenyang.. TIdak terlalu kenyang tu, maksudnya sehingga tidak mampu bangun dan kurang selesa tubuh akibat terlalu penuh perut..

  • Nabi SAW sebut, makan cara ini (sampai kenyang ni) bakal melahirkan malas.. Malas bekerja, malas berfikir.. Ulama sebutkan, orang yang biasa kenyang, walaupun ada waktunya tidak makan, tetap akan terkesan. Emosinya terasa sentiasa berat melakukan apa-apa.. Sebab tu Nabi SAW larang untuk sentiasa kenyang.. 
  • Dalam contoh lain, di antara adab makan yang diajarkan Nabi SAW tidak makan dengan tangan kiri.. Kerana tangan kiri tu, tangan yang kebiasaannya digunakan untuk perkara yang tidak bersih.. Pernah ada ketika, Nabi SAW menahan seorang budak yang nak makan dengan tangan kiri.. Kata ulama antara kesan makan dengan tangan kiri pada diri seseorang, menyebabkan orang itu tak kisah bersih atau tak makanan yang diambil.. dan keadaan macam tu, tak baik bagi dirinya.. Ha, ini antara contohnya makanan dan cara makan yang tak berapa elok.. Tadi contoh yang kurang elok, ni kita tengok contoh yang terbaik pulak.. Yang mesti ibu amalkan dan diajar pada anak kecil :D 



CARA PEMAKANAN YANG BAIK 

Nabi SAW banyak ajar, cara makan yang baik-baik.. Ulama yang kaji cara makan tu, banyak jumpa rahsia yang bagus pada diri manusia kalau diamalkan.. Antaranya :

  • Satu hari Nabi SAW ada sebahagian buah labu untuk dimakan bersama dengan beberapa hidangan. Tetapi buah labu tu tak berapa banyak.. Jadinya, Rasulullah SAW potong kecik-kecik (macam potongan dadu), dan lepas tu ditabur atas hidangan tu secara berselerak.. Jadi sahabat tanya, “untuk apakah ini wahai Rasulullah??”, maksudnya sahabat pelik tengok Rasulullah SAW potong kecik-kecik dan tabor atas makanan.. Jawab Nabi SAW, ini supaya semua orang yang makan dapat merasainya.. Ulama kata, Rasulullah ajar, kalau makanan tu sedikit, maka dikongsikan juga supaya semua merasainya walaupun sebesar potongan dadu.. Cara Rasulullah SAW ini mewariskan “semangat berkongsi”.. Sehingga para sahabat zaman dulu, kalau makan mesti nak berkongsi.. 
  • Dalam cara makan yang lain, Nabi SAW ajar supaya minum air daripada gelas, senafas senafas.. Jangan minum seteguk terus sehingga habis.. Ketika di tanya kenapa, maka ulama menjawab, cara minum macam tu melahirkan sifat sabar dan tenang dalam diri seseorang.. Nampak kan? Rasionalnya.. Jom kita tengok makanan pilihan Nabi SAW pulak.. 



SELALU MAKAN MAKANAN YANG BAIK 

Nabi SAW tak cerewet tentang makanan tapi Nabi SAW akan memilih makanan yang baik untuk dimakan, sebab bagi Nabi SAW makanan yang baik bagus untuk badan dan jiwa.

  • Nabi SAW suka dengan susu, Nabi beritahu ia minuman yang menyegarkan dan mengenyangkan.. Kata ulama, Nabi pilih makanan yang cepat kenyang. Supaya fikiran tak disibukkan dengan makan. Jiwa kacau kalau selalu fikir tentang makan, banyak kerja tak boleh buat. Huhu 
  • Nabi SAW pon suke dengan buah.. Manis buah.. Nabi SAW bila makan buah, terasa cukup.. Kata ulama, makan walaupun sedikit, tetapi ketika dihayati keenakkannya, ia mampu memuaskan kita.. Punca orang tak puas dan nak makan sehingga kenyang, kerana merasa rakus.. huhu.. Ini secara ringkas, walaupun tak ringkas sangat.. hehe.. 

Apa yang saya nak share dengan ibu-ibu sekalian, makanan dan cara makan boleh mempengaruhi diri seseorang.. Ada kajian kat negara kita, punca hilang sabar di kalangan anak-anak muda hari ini, sebabnya selalu sangat makan fast food. Beza dengan mak ayah nenek moyang dulu, kalau nak makan, kene tunggu siap masak dulu.. Kesan dari menunggu tu rupanya melahirkan sifat sabar.. Ini kajian yang berlaku. Ibu boleh search tentang tu..

Jadi, jom kita semua sama-sama jaga makanan dan cara makan kita.. matlamat saya untuk kongsikan tips-tips yang buat jiwa ibu kuat.. sebab ibu tulang belakang keluarga, yang menyokong ayah dan membina anak-anak.. Tanggungjawabnya susah dan mencabar..

Tapi kalau ibu Berjaya kuat, sebenarnya ibu lah kekuatan yang lain..

Di sebalik suami yang Berjaya ada isteri yang hebat.
Di sebalik anak yang Berjaya ada ibu yang hebat..

Semoga ibu-ibu kuat :D


Salam perkenalan daripada saya, Hosnee. Jangan lupa ziarah blog saya : www.ibusayangianakkecil.wordpress.com untuk dapatkan tips “ibu tenang” dan “ibu kuat” yang lain.

Jika ibu rasa artikel ini bermanfaat, saya harap ibu dapat share dan sebarkan kepada ibu-ibu yang lain. Supaya kita semua dapat manfaat bersama.

Sekian..

No comments:

Copyright to SHaaq
Designed by UMIESUEstudio 2015