Wednesday, 20 July 2016
Group Ibu Menyusu Di Aplikasi Telegram
As salam Mummies,
Hari ni Ummi nak share cket pasal group chitchat penyusuan ibu ni..
Rasanya dh byk forum/group ibu menyusu ni..tinggal lagi kita nak join ke x.
Banyak info yang kita boleh share & dapat daripada group2 macam ni.. So, bagi yang ingin mencari info, boleh try join.
"Sharing is Caring"
Berbalik pd topik kita ni, Ummi nak share 1 group penyusuan ibu kt aplikasi Telegram.
Apa yg best klu kite wat group kt telegram ni. ahli bleh melebihi 5000 org, ramai tu kan..so may be lbh byk info yang kita akan dapat. Memandangkan group ni masih baru, saya suggest mommies kt luar sana join juga,,mari meriahkan suasana..
saya share link ni ye :)
🌼🎊 Jom ramai2 join group susuibu_βreasfeed🎊🌼
Group ni adalah group perkongsian segala info mengenai penyusuan susu ibu.. 😊
Diharap dgn perkongsian ini, mommies2 dpt merealisasikan misi penyusuan eksklusif 2 tahun🚼🚼🚼 👶👶👶
InsyaAllah..
🍥ShaRing is CaRing🍥
Jom invite mommies lain:
https://telegram.me/joinchat/Av7bXz250GkliA0d0YO6KQ
Tuesday, 19 July 2016
Salmon Grill bersama Flaxseed
As salam Mummy semua..
Apa khabar ..Lama betul x bersua. Rindu plak rasanya :)
Rasanya belum terlambat untuk Ummi ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali Ummi..Semua kita sentiasa berada dalam rahmat Nya..Amiinn Ya Rabbana.
Untuk perkongsian bersama, kali ni Ummi nak share resepi terbaru milkbooster Salmon Grill bersama Flaxseed..Bagi penggemar salmon, bleh la cuba..
Resepi yang cukup ringkas & berkhasiat..
N yang paling best, dapat milkbooster tu.. InsyaAllah.
Jom kita semak resepi ni..
Bahan-bahan
1 kpg Ikan Salmon
4 bj Cendawan butang- dihiris sederhana nipis
4 btg Bayam bersama daun
1/2 batang carrot- diparut kasar
1 sdk lada hitam- di tumbuk sederhana halus
1/2 sdk garam- secukup rasa
1 sdk Olive oil
1 sdk Butter
2 sdb Flaxseed- ditumbuk kasar
2 sdb Jintan Hitam (Habbatulsauda)- ditumbuk kasar
Cara-cara
1. Perapkan salmon bersama lada hitam & garam untuk 1-3 jam dalam peti sejuk agar bahan dapat diserap dgn sempurna
2. Untuk grill, letakkan olive oil & butter atas pan baru dimasukkan salmon. Grill lbh kurang 5-7 mnt shj. Jgnla overcook, nnt isi salmon jadi keras
3. Angkat salmon setelah masak, guna pan yang sama utk masak sayur. X perlu tambah olive oil, guna lebihan drp grill salmon tadi.
4. Masukkan cendawan bersama flaxseed & habbatulsauda. goreng seketika, Kemudian masukkn carrot bersama bayam. Goreng sekejap lebih kurang 1 mnt saja.. Siap.
5. Hidangkan sayur bersama salmon grill.
Apa khabar ..Lama betul x bersua. Rindu plak rasanya :)
Rasanya belum terlambat untuk Ummi ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali Ummi..Semua kita sentiasa berada dalam rahmat Nya..Amiinn Ya Rabbana.
Untuk perkongsian bersama, kali ni Ummi nak share resepi terbaru milkbooster Salmon Grill bersama Flaxseed..Bagi penggemar salmon, bleh la cuba..
Resepi yang cukup ringkas & berkhasiat..
N yang paling best, dapat milkbooster tu.. InsyaAllah.
Jom kita semak resepi ni..
Bahan-bahan
1 kpg Ikan Salmon
4 bj Cendawan butang- dihiris sederhana nipis
4 btg Bayam bersama daun
1/2 batang carrot- diparut kasar
1 sdk lada hitam- di tumbuk sederhana halus
1/2 sdk garam- secukup rasa
1 sdk Olive oil
1 sdk Butter
2 sdb Flaxseed- ditumbuk kasar
2 sdb Jintan Hitam (Habbatulsauda)- ditumbuk kasar
Cara-cara
1. Perapkan salmon bersama lada hitam & garam untuk 1-3 jam dalam peti sejuk agar bahan dapat diserap dgn sempurna
2. Untuk grill, letakkan olive oil & butter atas pan baru dimasukkan salmon. Grill lbh kurang 5-7 mnt shj. Jgnla overcook, nnt isi salmon jadi keras
3. Angkat salmon setelah masak, guna pan yang sama utk masak sayur. X perlu tambah olive oil, guna lebihan drp grill salmon tadi.
4. Masukkan cendawan bersama flaxseed & habbatulsauda. goreng seketika, Kemudian masukkn carrot bersama bayam. Goreng sekejap lebih kurang 1 mnt saja.. Siap.
5. Hidangkan sayur bersama salmon grill.
Selamat mencuba :)
Thursday, 21 April 2016
Pemakanan Yang Mempengaruhi Emosi Ibu
For this entry, Ummi nak share 1 artikel daripada rakan blogger Ummi, Hosnee. Penulis blog www.ibusayangianakkecil.wordpress.com. Artikel beliau cukup menarik & a lot of input especially for mummy2.. Ummi pun x terkecuali.hee.. Thanks a lot of ur reminder & info.. banyak penekanan dalam hal ehwal keibuan ni. Niat beliau yang baik iaitu ingin membantu ibu-ibu di luar sana, berkongsi cara memperkuatkan jiwa dalaman ibu & mengajarkan tips serta kaedah yang berkaitan dengan urusan seharian..Jom share & support!!!
Thanks Hosnee as my guest writer for this entry :)
Ok, jom proceed..
Ibu, tahu tak, yang makanan dan pemakanan ibu boleh mempengaruhi diri ibu?? Tak pernah dengar? Takpe, jom, saya nak share info tentang ini.. Kalau ibu belum tahu, pembentukan diri manusia sangat berkait rapat dengan cara pemakanan yang diambil. Diri kita ni, sangat terkesan dengan makanan yang disuapkan ke dalam mulut kita. Maksudnya, apa yang kita makan, itu akan membentuk dalaman diri kita.. Daripada mana saya dapat fakta ni? Saya dapat daripada panduan pemakanan yang diajarkan guru-guru saya ketika belajar cara makan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Jap, saya bagi contoh.. Supaya ibu boleh nampak jelas pengaruh makanan dan pemakanan kepada diri?
MAKAN MAKANAN YANG DIHARAMKAN
Nabi SAW bagitahu, tidak boleh sama sekali bagi seseorang makan makanan yang diharamkan seperti arak dan khin***.. Tahu tak kenapa? Ulama Islam menyebutkan dalam kitab fekah, antara alasannya :
- Arak itu mematikan kewarasan manusia dan mematikan sel otak. Kerana sifat arak itu. Apabila seseorang selalu arak – kewarasan akalnya boleh terganggu walaupun ketika dia tak minum arak.. Lagi satu, arak menyebabkan orang tu sentiasa ketagih yang menyebabkan dirinya tidak mampu bertahan ketika datang suatu cabaran.. Akalnya susah cari jalan keluar, kecuali yang dia nampak dalam kepalanya “arak”.
- Khin*** tu kita semua tahu, sifatnya kotor dan pengotor.. Antara kesan seseorang yang rajin sangat makan khin*** ni, akan mewarisi sifat khin*** tu.. Dia akan menjadi rakus dengan sesuatu, tidak berfikir panjang dan sentiasa pentingkan diri..
CARA PEMAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
Itu satu contoh dari sudut makanan, ni saya bagi contoh dari sudut pemakanan pulak.. Dari sudut cara makan, Nabi SAW ajar supaya tidak makan sehingga terlalu kenyang.. TIdak terlalu kenyang tu, maksudnya sehingga tidak mampu bangun dan kurang selesa tubuh akibat terlalu penuh perut..
- Nabi SAW sebut, makan cara ini (sampai kenyang ni) bakal melahirkan malas.. Malas bekerja, malas berfikir.. Ulama sebutkan, orang yang biasa kenyang, walaupun ada waktunya tidak makan, tetap akan terkesan. Emosinya terasa sentiasa berat melakukan apa-apa.. Sebab tu Nabi SAW larang untuk sentiasa kenyang..
- Dalam contoh lain, di antara adab makan yang diajarkan Nabi SAW tidak makan dengan tangan kiri.. Kerana tangan kiri tu, tangan yang kebiasaannya digunakan untuk perkara yang tidak bersih.. Pernah ada ketika, Nabi SAW menahan seorang budak yang nak makan dengan tangan kiri.. Kata ulama antara kesan makan dengan tangan kiri pada diri seseorang, menyebabkan orang itu tak kisah bersih atau tak makanan yang diambil.. dan keadaan macam tu, tak baik bagi dirinya.. Ha, ini antara contohnya makanan dan cara makan yang tak berapa elok.. Tadi contoh yang kurang elok, ni kita tengok contoh yang terbaik pulak.. Yang mesti ibu amalkan dan diajar pada anak kecil :D
CARA PEMAKANAN YANG BAIK
Nabi SAW banyak ajar, cara makan yang baik-baik.. Ulama yang kaji cara makan tu, banyak jumpa rahsia yang bagus pada diri manusia kalau diamalkan.. Antaranya :
- Satu hari Nabi SAW ada sebahagian buah labu untuk dimakan bersama dengan beberapa hidangan. Tetapi buah labu tu tak berapa banyak.. Jadinya, Rasulullah SAW potong kecik-kecik (macam potongan dadu), dan lepas tu ditabur atas hidangan tu secara berselerak.. Jadi sahabat tanya, “untuk apakah ini wahai Rasulullah??”, maksudnya sahabat pelik tengok Rasulullah SAW potong kecik-kecik dan tabor atas makanan.. Jawab Nabi SAW, ini supaya semua orang yang makan dapat merasainya.. Ulama kata, Rasulullah ajar, kalau makanan tu sedikit, maka dikongsikan juga supaya semua merasainya walaupun sebesar potongan dadu.. Cara Rasulullah SAW ini mewariskan “semangat berkongsi”.. Sehingga para sahabat zaman dulu, kalau makan mesti nak berkongsi..
- Dalam cara makan yang lain, Nabi SAW ajar supaya minum air daripada gelas, senafas senafas.. Jangan minum seteguk terus sehingga habis.. Ketika di tanya kenapa, maka ulama menjawab, cara minum macam tu melahirkan sifat sabar dan tenang dalam diri seseorang.. Nampak kan? Rasionalnya.. Jom kita tengok makanan pilihan Nabi SAW pulak..
SELALU MAKAN MAKANAN YANG BAIK
Nabi SAW tak cerewet tentang makanan tapi Nabi SAW akan memilih makanan yang baik untuk dimakan, sebab bagi Nabi SAW makanan yang baik bagus untuk badan dan jiwa.
- Nabi SAW suka dengan susu, Nabi beritahu ia minuman yang menyegarkan dan mengenyangkan.. Kata ulama, Nabi pilih makanan yang cepat kenyang. Supaya fikiran tak disibukkan dengan makan. Jiwa kacau kalau selalu fikir tentang makan, banyak kerja tak boleh buat. Huhu
- Nabi SAW pon suke dengan buah.. Manis buah.. Nabi SAW bila makan buah, terasa cukup.. Kata ulama, makan walaupun sedikit, tetapi ketika dihayati keenakkannya, ia mampu memuaskan kita.. Punca orang tak puas dan nak makan sehingga kenyang, kerana merasa rakus.. huhu.. Ini secara ringkas, walaupun tak ringkas sangat.. hehe..
Apa yang saya nak share dengan ibu-ibu sekalian, makanan dan cara makan boleh mempengaruhi diri seseorang.. Ada kajian kat negara kita, punca hilang sabar di kalangan anak-anak muda hari ini, sebabnya selalu sangat makan fast food. Beza dengan mak ayah nenek moyang dulu, kalau nak makan, kene tunggu siap masak dulu.. Kesan dari menunggu tu rupanya melahirkan sifat sabar.. Ini kajian yang berlaku. Ibu boleh search tentang tu..
Jadi, jom kita semua sama-sama jaga makanan dan cara makan kita.. matlamat saya untuk kongsikan tips-tips yang buat jiwa ibu kuat.. sebab ibu tulang belakang keluarga, yang menyokong ayah dan membina anak-anak.. Tanggungjawabnya susah dan mencabar..
Tapi kalau ibu Berjaya kuat, sebenarnya ibu lah kekuatan yang lain..
Di sebalik suami yang Berjaya ada isteri yang hebat.
Di sebalik anak yang Berjaya ada ibu yang hebat..
Semoga ibu-ibu kuat :D
Salam perkenalan daripada saya, Hosnee. Jangan lupa ziarah blog saya : www.ibusayangianakkecil.wordpress.com untuk dapatkan tips “ibu tenang” dan “ibu kuat” yang lain.
Jika ibu rasa artikel ini bermanfaat, saya harap ibu dapat share dan sebarkan kepada ibu-ibu yang lain. Supaya kita semua dapat manfaat bersama.
Sekian..
Monday, 18 April 2016
Resepi Roti Pita bersama Hirisan Daging
Ni sambungan dari entry sebelum ni..
Selain resepi roti telur cheese mudah ni.., Ummi ada kongsikan resepi roti pita hirisan daging utk mummy2 cuba. Kali ni, en Husband plak yg gemar resepi ni..siap bawak bekal ke office..my son pun suka jugak..bwk bekal ke sekolah gak..
Ummi rasa kandungan utama kat roti pita membuatkan kita cepat kenyang & bleh tahan lama. Gandum tu..Sape2 yg on diet tu, Ummi rekemenkan resepi ni.. Boleh cuba ye coz sangat simple & healthy..
One thing, Ummi guna hirisan daging instead of daging burger...Kononnye x nak lemak & oily bagai..My doughter pun suka daging ni.. makan macam tu je..sedap katanya.. Ummi beli kat kedai Ramly je.. bleh support bisnes bumiputra jugak tu..InsyaAllah, pasni xnak beli daging burger dah kut..Aim for healthy food :)
Jom try
2. Roti Pita bersama hirisan daging
(masa diperlukan : 6 minit)
Bahan2:
Roti pita
Daging slice
Salad/tomato/timun
Cheese slice
Sos/mayonis
Cara2:
Goreng daging slice dgn sedikit minyak black papper & kicap.
Masukkan daging tersebut bersama cheese slice ke dalam roti pita.
Panaskan dalam microwave selama 50-60s supaya cheese cair & melekat.
Hidangkan bersama salad/timun/tomato & juga sos/mayonis kegemaran anda..
Selamat mencuba.
Resepi Roti Telur Cheese Mudah
Lama jugak Ummi x bersiaran, maaf ye..x berkesempatan.. sekarang ni semua bende nak cepat, pantas & mudah..bab makan2 pun x terkecuali..
So, Ummi nak share resepi breakfast yg sangat mudah & sedap. Anak sulung Ummi sgt gemar & nickname for this resepi is "Roti Istimewa Ibu"..dia akan breakfast roti ni before g sekolah. Kekadang time petang & malam pun dia request jugak. So, mmg xleh nk jadikan menu breakfast sgtla kan coz dh x kira masa bleh makan..
Apa yg istimewa sgt tu, not sure la..may be bg dia dh cukup istimewa coz ibu yg sediakan @ ayat2 bodek dari seorang anak.Hehe..
Whatever it is, Ummi happy with it. So, why not kat luar sana try gak resepi ni..may be u also bleh dpt pujian drp ur son..InsyaAllah..
1. Roti Telur Cheese Mudah
(masa diperlukan : 3 -13 minit)
Bahan2:
Roti
Telur
Cheese Slice
Garam/serbuk lada hitam
Cara2:
Lengserkan piring dengan sedikit minyak/butter
Letak roti, diikuti dengan cheese slice. Tekan sedikit bahagian tengah cheese. Pecahkan telur & letakkan ke atas cheese tadi..Tabur sedikit blak pepper/ garam (ikut selera).
Sedia dibakar..
pilihan:
bakar dlm oven, 170 darjah selama 10 mnt @
masak menggunakan microwave dlm masa 40-60s je..
Sedia dihidang
Tips mudah memasak bagi ibu yang busy melampau
"Ibu bekerja tiada masa untuk menyediakan makanan best2 untuk keluarga kerana kesuntukan masa berbanding suri rumah sepenuh masa."
maaf ye, Ummi kurang setuju statement tu..
Dengan kecanggihan teknologi & pelbagai info di sana sini yg senang diperolehi, itu bukan statement yg sesuai utk mummy semua. Jangan limitkan keupayaan diri sendiri untuk mencuba & meningkatkan produktiviti diri sendiri. Cuba selidiki bagaimana pengurusan seorang ibu bekerjaya dalam menguruskan rumahtangga dengan baik? Rata2 yg Ummi dapati, kebanyakan daripada mereka mementingkan soal pemakanan untuk keluarga. Kebanyakan makanan yg dimasak & disediakan sendiri & kurang membeli dari luar..makanan yg disediakan sendiri lebih bersih, lebih berkat, lebih kasih sayang & byk lagi lebih2nya....
Apa yg dapat Ummi simpulkan, kebanyakan daripada mereka mengamalkan cara pengurusan masa yg baik & sistematik tanpa membataskan kreativiti masing2..di sini Ummi ada kongsikan beberapa tips mudah untuk penyediaan makanan bagi mummy2 yang busy namun berhasrat untuk masak sendiri di rumah..so, lps ni jangan ada alasan untuk kita tak masuk ke dapur ye :)
Jom kita semak tip utk panduan bersama
1. Nawaitu & azam yang istiqomah
Niatkan agar segala amalan kita adalah kerana Allah & menjadi ibadah yang diberkati. Azam mesti kuat, niat dalam hati, nak sediakan makanan halal & bersih untuk keluarga. Moga hati ahli keluarga bersih..Ingat ye, "Hati yang bersih adalah ditempa daripada makanan yang halal" . InsyaAllah jika niat kita baik, akan dipermudahkan semuanya..
2. Rancang menu untuk seminggu, bukan sehari
Sediakan senarai menu mengikut kreativiti masing2 contohnye, tulis kt whiteboard mini, tulis kt memo n tampal kt fridge & mana2 cara yg difikirkan sesuai as long as, kite boleh nampak setiap kali masuk dapur..jgn lupa share / diskas menu with your loving kids n husband utk fav menu diorg..try la..anak2 mmg excited dlm pemilihan menu ni.. en husband plak control macho jer..tp dlm hati, mmg byk pilihan sebenarnya :)
3. Siapkan semua bahan utk semua menu sejurus balik dr shopping
Dalam part ni, mummy2 kena bijak dalam pembahagian bahan utk masak. Boleh follow menu yang dah dirancang untuk seminggu tu. Jangan terus simpan barang yang dibeli dikhuatiri kita terlupa & akan ambil masa utk preparation..Ummi percaya mummy2 kat sana lagi expert kan :)
4. Semua bahan yg sudah disiang/potong simpan dlm bekas elok.label ikut tarikh
Boleh identify bekas2 yang sesuai untuk storage bahan2 basah & bahan2 kering. Sekarang ni banyak pilihan. ada yag mahal, murah, warna warni pun ada..boleh beli kat mana2 pasaraya. online pun banyak.. boleh label tarikh n menu pada bekas tersebut.
One tip for penyimpanan sayur, lepas potong sayur, jgn terus basuh..balut dengan tisu dapur, baru masuk dlm bekas.. insyaAllah tahan lama.. klu x nak guna tisu dapur, boleh ganti dengan aluminium foil..cuba la, Ummi x pernah guna aluminium foil, org kata lebih jimat coz boleh basuh & recycle..apapun, boleh share the result ye.
Untuk penyimpanan bahan2 basah.. pastikan ayam/ikan/daging terus disiang dan simpan dalam bekas yg berlainan. boleh simpan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.means, setiap kali nak masak, just keluarkan bekas yg diperlukan sahaja. Kalau dapat label lagi bagus. So mmg x payah nak keluarkan semua. Tips lain, cara susun bekas dalam peti ais pun kena ambil tahu juga.. Boleh letakkan bekas yg nk digunakan dahulu pada bahagian depan. Easy to access kan :)
5. Sediakan pes yang nak digunakan terlebih dahulu
Dalam bab ni, ramai mummy2 mmg acknowledge masa yang diambil utk penyediaan pes sesautu masakan..contohnye pes utk asam pedas, kari n mcm2 g..Boleh tahan gak lamanye nak sediakan..tambah2 klu nk sediakan cili kering yg diblend tu..huu..
Rata2 menu kita plak mmg x terlepas dengan cili kering, bawang, ikan bilis dll. So, utk jimatkan masa..bahan2 ni semua boleh disediakan terlebih dahulu..Contohnye boleh blend cili/bwg siap2. letak dalam bekas & masuk peti ais. Kalau nk lebih jimat & tahan lama, cili yg dh diblend tadi dimasukkan ke bekas/plastik kecik..letakkan amaun yg diperlukan utk sekali masak sahaja, then baru masukkn dlm freezer. InsyaAllah bleh tahan lama. Kalau nak masak, just keluarkan cili yang diperlukan sahaja..
Contoh penggunaan, sebelum ke pejabat Ummi akan keluarkan bekas cili yang hendak digunakan dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk. Dengan cara ini, Ummi dapat mengelakkan cili kering dari menjadi berkulat. Ianya juga menjimatkan kerana kita hanya akan mengeluarkan sedikit demi sedikit. Bila nk masak time sblh petang, just nice je cili tersebut cair & ready for cooking :)
Rasanya ini sahaja perkongsian buat masa ni.. InsyaAllah akan di'update from time to time.
One thing, bagi yang baru nak berjinak2 dengan dunia masakan ni, mungkin agak kelok & perlukan lebih masa utk practice. but no need to worries, InsyaAllah semuanya akan jd biasa & can control easily. Good luck :)
Sebagai bonus,
Ummi kongsikan resepi breakfast yang ringkas, cepat mudah & yang paling penting boleh milkbooster juga :)
Selamat mencuba
1. Roti Telur Cheese Mudah
(masa diperlukan : 3 -13 minit)
Bahan2:
Roti
Telur
Cheese Slice
Garam/serbuk lada hitam
Cara2:
Lengserkan piring dengan sedikit minyak/butter
Letak roti, diikuti dengan cheese slice. Tekan sedikit bahagian tengah cheese. Pecahkan telur & letakkan ke atas cheese tadi..Tabur sedikit blak pepper/ garam (ikut selera).
Sedia dibakar..
pilihan:
bakar dlm oven, 170 darjah selama 10 mnt @
masak menggunakan microwave dlm masa 40-60s je..
Sedia dihidang
2. Roti Pita bersama hirisan daging
(masa diperlukan : 6 minit)
Bahan2:
Roti pita
Daging slice
Salad/tomato/timun
Cheese slice
Sos/mayonis
Cara2:
Goreng daging slice dgn sedikit minyak black papper & kicap.
Masukkan daging tersebut bersama cheese slice ke dalam roti pita.
Panaskan dalam microwave selama 50-60s supaya cheese cair & melekat.
Hidangkan bersama salad/timun/tomato & juga sos/mayonis kegemaran anda..
Selamat mencuba.
Labels:
cheese,
resepi breakfast,
Roti,
telur,
tips mudah memasak

Monday, 21 March 2016
Lacta Chocolate Homemade Yummy
Rasanya belum terlambat Ummi nk share satu lagi resepi laktasi khas untuk mummy2 yg BF di luar sana..resepi yg mudah bangaatt..sodap n cepaat disediakan..sekarang ni pun tgh trend makanan berasaskan coklat..
For this time Ummi akan share resepi Lacta Chocolate Homemade Yummy..Ummi dh lama buat cuma belum berkesempatan nak update..Resepi ni ala2 chocolate homemade yg ada kt pasaran, cuma Ummi olah & present it on lactation style.. Sapo cakap, makanan untuk ibu menyusu ni terhad kat a few things je..come on, no need nak pantang2 sangat..enjoy your BF journey with your fav food..but need to olah cket in lactation mood.hehe..
So this time Ummi share this resepi for those yg mmg hantu chocholate & at same time nak milkbooster gak..Cuba la..InsyaAllah mummy akan dapat result yg owesome..But no worries if u did not get the 'milkbooster'nye..u still get the delicious of chocolate..
Jom semak resepi ni..
Sebelum tu layan dolu gambarnye :)
Lacta Chocolate Homemade Yummy (16 biji)
Bahan2..
1/2 cup milk choc coin
1/4 cup dark choc coin
1 tbs dates
2 tbs flaxseed
1 1/2 tbs brewers yeast
1/2 tbs fenugreek
1 tbs almond
Cara2,,
1. Cairkan choc dgn kaedah double boiler..Make sure choc x dimasuki wap air
2. Masukkan kesemua bahan2 lain..kacau bagi sekata
3. Tuang aduan choc ke mould
4. Hentakkan mould secara perlahan supaya choc dpt fulfill
5. Biar seketika dlm peti lbh kurang 20-30 mnt (sehingga keras)
6. Keluarkan choc dr mould, sedia dimakan..
* jgn simpan choc dlm peti @ tpt panas ye..
letak dlm suhu bilik je..InsyaAllah bleh tahan utk 2 minggu..
Selamat mencuba..
















